Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Elemen Dalam FPK Dijelmakan Dalam KSSR - Coggle Diagram
Elemen Dalam FPK Dijelmakan Dalam KSSR
PENGENALAN
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang . usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggunggjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Elemen1: Reka Bentuk Kurikulum
berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi JERIS
Digubal berasaskan dua standard utama isitu standard kurikulum dan standard pembelajaran
Satu bentuk penglasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
Turut menfokuskan perkembangan potensi individu yang berkait rapat dengan KSSR iaitu pembentukan modal insan yang seimbang
potensi individu dibahafikan kepada empat iaitu intelek, jasmani, emosi dan rohani
kesemua bahagian ini dapat dikembangkan melalui pendidikan
Elemen 2: Matlamat KSSR
Antara Matlamat KSSR adalah melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif, melalui tujang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian sikap dan nilai
FPK pula melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif
Elemen 3: Objektif KSSR
KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Murid yang mengikuti KSSR akan mempuyai asas insan yang seimbang
Objektif KSSR ialah melahirkan insan yang bertangguggjawab iaitu warganegara yang boleh berperanan global
Objektif KSSR berkait rapat dengan unsur dalam FPK iaitu ingin melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggunggjawab kepada diri, masyarakat dan negara dan lain laian.
Elemen 4: Fokus KSSR
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap dengan memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal.
Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.
Hal ini berkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu unsur yang pertama ialah “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia.
Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, komputer pengajian tinggi dan sebagainya.