Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
WUDUK JABIRAH, WUDUK, Definisi Jabirah: Merupakan penutup atau pembalut…
WUDUK JABIRAH
Luka pada wajah dan kedua tangan
Permukaan luka atau patah terbuka (tiada najis)
Tidak berbahaya jika terkena air
Berwuduk seperti biasa
Berbahaya jika terkena air
Basuh sekelilingnya dengan ihtiyath wajib jika tidak berbahaya jika disapu dengan tangan lembab, maka dia perlu menyapu dengan tangan yang lembab.
Permukaan luka atau patah tertutup dengan pembalut
Sulit untuk buka pembalut
Jika luka atau pembalut itu suci tidak najis
a) Boleh salurkan air pada luka tersebut dan tidak membahayakan .
Maka air perlu sampai pada luka tersebut dengan cara dibasuh. Contohnya hulur tangan yang telah dibalut atau disimen sehingga air sampai pada bahagian luka
b) Tidak mampu menyampaikan air pada luka atau terdapat kesulitan
Memadai basuh pada sekeliling luka (tempat terbuka) dan sapu pada bahagian yang berbalut.
Jika luka atau pembalut itu najis
a) Boleh basuh luka dan boleh sampaikan air padanya dan tiada kesulitan.
Perlu basuh luka tersebut dan ketika wuduk perlu sampaikan air pada luka tersebut
b) Tidak boleh sapu luka dan sampaikan air pada luka dan terdapat kesulitan
Luka najis tetapi balutan suci
Basuh sekeliling luka dan sapu pada atas balutan dengan tangan lembab
Luka dan balutan kedua-duanya najis
Basuh sekeliling luka dan letakkan kain atau sesuatu yang suci di atasnya (dengan cara dikira sebagai Jabirah) dan kemudian sapu atasnya dengan tangan yang lembab.
Boleh buka pembalut dan tidak menyusahkan dan air juga tidak berbahaya padanya.
Perlu berwuduk seperti biasa.
Solat dengan Wuduk atau Mandi Jabirah
Dia tahu keuzurannya tidak akan hilang sampai habis waktu solat
Dia boleh solat awal waktu.
Terdapat harapan yang keuzurannya akan hilang pada penghujung waktu solat.
Ihtiyath wajib dia perlu bersabar sehingga keuzurannya hilang. Sekiranya keuzurannya tidak hilang dia perlu solat pada akhir waktu dengan wuduk atau mandi Jabirah.
(Bahagian sapu) Luka atau keretakan pada kepala atau permukaan kaki
Di atasnya terbuka
Tidak najis dan air juga tidak mendatangkan bahaya padanya
Perlu berwuduk seperti biasa
Tidak boleh sapu
Boleh letak kain di atasnya
Dia perlu bertayamum dan ihtiyath wajib juga berwuduk dengan cara ambil kain suci atau apa sahaja yang suci untuk diletakkan di atasnya kemudian sapu atas kain suci tersebut dengan lembapan pada tangan.
Tidak boleh letak kain di atasnya
Perlu bertayammum
Di atasnya tertutup
Balutan pada luka tidak najis
Terus sapu pada permukaan tersebut
Balutan pada luka najis
Perlu ambil kain suci atau apa sahaja yang suci untuk diletakkan di atasnya kemudian sapu atas kain suci tersebut dengan lembapan pada tangan.
Jenis-jenis Situasi Wuduk Jabirah
Jika Jabirah meliputi sebahagian anggota wuduk seperti hanya seluruh kepala atau satu tangan sahaja.
Memadai dengan wuduk Jabirah
Jika Jabirah lebih daripada kadar kebiasaan menutupi pada bahagian keliling luka
Boleh buang balutan tambahan.
Perlu buang balutan tambahan maka jika luka terdapat pada wajah dan tangan maka perlu basuh sekeliling dan jika luka pada kepala dan permukaan kaki maka perlu sapu pada sekelilingnya dan pada tempat luka perlu amal pada aturan jabirah.
Tak boleh buang balutan tambahan itu
Perlu melakukan wuduk jabirah dan ihtiyath wajib perlu bertayamum.
Jika kebanyakan Jabirah meliputi anggota-anggota wuduk
Perlu bertayammum dan ihtiyath wajib perlu melakukan wuduk Jabirah juga.
Jika ada pada wajah dan tangan terdapat beberapa Jabirah
Perlu basuh di antaranya dan jika jabirah pada kepala dan permukaan kaki dan bahagian terbuka sesuai dengan kadar sapuan wajib maka perlu sapu pada tempat terbuka itu jika tidak perlu sapu di antara balutan tersebut dan pada bahagian yang ada jabirah perlu mengikut aturan jabirah.
Jika jabirah meliputi seluruh anggota wuduk
Perlu tayammum
WUDUK
Tartibi
Makmuli
Jabirah
Irtimasi
Definisi Jabirah: Merupakan
penutup atau pembalut anggota (samada kain, simen, kayu dan sebagainya)