Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Artikel: Authentic Assessment in Assessing Higher Order Thinking Skills,…
Artikel: Authentic Assessment in Assessing Higher Order Thinking Skills
Apa itu Pentaksiran Autentik?
penilaian autentik menekankan apa yang dapat dilakukan oleh pelajar dalam konteks kehidupan sebenar dan cenderung untuk mengukur kemahiran pelajar apabila diperlukan dalam kehidupan sebenar
Penilaian dikatakan lebih autentik apabila menyerupai situasi kehidupan sebenar
peranan penilaian autentik di dalam kelas dapat dipertingkatkan apabila kepercayaan bahawa
pendidikan bukan sahaja melibatkan kemahiran tetapi juga pemikiran kritis dan aplikasi pengetahuan.
melibatkan pengetahuan, pemahaman, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran sosial dan tingkah laku digunakan atau diamalkan dalam kehidupan sebenar
bentuk penilaian yang berlaku apabila pelajar diminta untuk melaksanakan tugas yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang bermakna.
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Aktiviti bersifat realistik
Tugasan dalam pentaksiran autentik menekankan aspek kognitif
dilaksanakan dalam bentuk penilaian formatif
Penilaian berterusan sepanjang proses pembelajaran
Memerlukan kolaborasi antara guru dan murid
Kriteria pemarkahan diketahui pelajar dan mereka dibenarkan mengembangkan kriteria pemarkahan berdasarkan tugasan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
bergantung pada kemampuan individu untuk mengaplikasikan, mengembangkan dan meningkatkan pengetahuan dalam konteks berfikir
melibatkan pemikiran kritis, logik, reflektif, metakognitif dan kreatif yang mana kemahiran ini terhasil apabila pelajar menyelesaikan sesuatu permasalahan
Pelajar bukan sahaja mengingat malah memberi justifikasi serta mengaplikasi pengetahuan yang telah dipelajari
Malaysian Examination Syndicate menitikberatkan 4 elemen dalam soalan KBAT:
Rangsangan untuk mendorong kemahiran inferens dan pemikiran kritis
Pelbagai lapisan pemikiran- menggabungkan domain kognitif
Konteks baru
Situasi sebenar
Tidak berulang
Hubungkait antara Pentaksiran Autentik dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Elemen KBAT adalah subset kepada pentaksiran autentik
Pentaksiran Autentik juga melibatkan tugasan yang menguji tahap kognitif pelajar. Pelajar perlu menguasai pelbagai kemahiran dan pengetahuan untuk menyelesaikan penilaian kognitif yang mencabar
Terdapat persamaan antara Pentaksiran Auntentik dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Elemen KBAT dalam Pentaksiran Autentik
Rangsangan melibatkan pemikiran pelajar terhadap pelbagai tahap kognitif mendorong kemahiran berfikir aras tinggi
Pembinaan item berdasarkan situasi kehidupan sebenar dan konteks baru (sama seperti KBAT)
Disediakan oleh:
NOOR RASHIDAH BINTI MOHAMAD ARIFFIN
D21200318
KELAS 1.02