Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI KANAK2 AUTISME - Coggle Diagram
CIRI-CIRI KANAK2 AUTISME
1) KOMUNIKASI
Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.
Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.
-
Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
Jarang menggunakan bahasa.
Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
Kelihatan bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan pendapat orang lain.
Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.
Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.
2) INTERAKSI SOSIAL
Digolongkan sebagai sangat sukar, iaitu:
Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.
Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.
-
Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.
3) GANGGUAN DERIA
Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.
Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.
-
Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.
5) POLA BERMAIN
Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.
Apabila menyukai sesuatu, terus dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja.
Tidak bermain mengikut cara biasa dan suka memutar-mutar ataupun melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa-apa sahaja yang dipegangnya.
Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.
4) TINGKAH LAKU
Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan, dan menepuk-nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar-mandir.
Tidak suka pada perbualan (daripada apa-apa yang sedang dilakukannya).
-
Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.
6) EMOSI
Menyerang sesiapa sahaja berhampiranya jika emosinya terganggu.
Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.
Merosakkan apa-apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu.
Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
Sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.