SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN
(EDUP2102)

Konsep Sosiologi

Faktor Yang Mempengaruhi Kepelbagaian Sosiobudaya Di Sekolah

Isu Ketaksamaan Akibat Kepelbagaian Sosiobudaya.

Peranan Guru Sebagai Agen Sosiolisasi.

Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu


BUDAYA


Kemajuan fikiran, akal budi merangkumi cara berfikir dan berkelakuan dan sebagainya adalah tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia.



Budaya adalah satu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sesebuah kelompok manusia dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi

SOSIO merupakan awalan asing berkaitan dengan faktor sosial atau kemasyarakatan.

BANGSA

BAHASA

Struktur Sosial

AGAMA

KEPERCAYAAN/ ADAT RESAM DAN BUDAYA

Bangsa menurut Kamus Dewan (1999), merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.

Bangsa merujuk kepada nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik

Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang harus menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian dan mempunyai mempunyai struktur.

Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara yang disusun dengan kaedah yang bermakna, ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks (Cole, 1998).

Bahasa sentiasa mengalami perubahan.

Perubahan dalam bahasa berlaku akibat daripada pertembungan masyarakat dan budaya, penjajahan, peperangan, perubahan populasi, kelas sosial, etnik, umur, pekerjaan, penemuan baru, pendidikan, penghijrahan, perdagangan, agama, status ekonomi, dll

Terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup.

Ciri-ciri utama bagi mengklasifikasi sesuatu masyarakat

Hidup berkelompok

Mempunyai budaya

Sering mengalami perubahan

Saling berinteraksi sama ada dalaman pihak luar

Mempunyai kepimpinan

Mempunyai aturan sosial

Aturan atau tata cara hidup manusia dalam hubungannya dengan Tuhan dan sesamanya .

Keyakinan atau akidah, iaitu keyakinan akan adanya sesuatu kekuatan supranatural yang diyakini pengatur dan pencipta alam.

Ritual atau ibadah, iaitu tingkah laku manusia dalam berhubungan dengan kekuatan supranatural tersebut

Sistem nilai atau sumber hokum yang mengatur hubungan manusia dengan manusia lainnya atau alam semesta yang dikaitkan dengan keyakinan

Kepercayaan bermaksud kebenaran terhadap sesuatu perkara.

Dalam konteks agama agama kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral akidah atau iman

Adat resam secara ringkasnya peraturan yang telah diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat dan kebiasaan cara hidup yang telah diamalkan. Kepercayaan bermaksud perakuan benarnya sesuatu perkara.

Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan kepastian terhadap perkara berkenaan.

Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak

Dalam konteks agama, kepercayaan adalah sebahagian daripada asas Pembangunan Modal Insan. Adat resam adalah sesuatu cara melakukan sesuatu yang telah diakui oleh sesebuah masyarakat

BAHASA

click to edit

LAYANAN GURU

GENDER DAN KAUM

PENCAPAIAN AKADEMIK

click to edit

Menggunakan bahasa pengantar yang difahami oleh semua pelajar

sebagai tanda penghormatan kepada pelajar

elakkan perasaan sangsi dan juga perselisihan faham

memastikan semua pelajar mendapat maklumat yang ingin disampaikan

Bersosial antara satu sama lain dalam melakukan PdPc

Menghormati Bahasa, kepercayaan dan budaya kaum lain.

Menggunakan Bahasa standard dalam pertuturan

Kebebasan bertutur

Peluang menyertai pertandingan

Panduan pendidikan (RMT, SPBT, biasiswa, kelas tambahan, kewangan)

Guru memahami pantang larang pelajar

Elakkan bahasa yang tidak bersopan (orang asli pantang dipanggil sakai)

Menerima pakaian tradisional pelbagai kaum (orang Hindu memakai sari)

Mengelakkan menyinggung perasaan pelajar

Kepelbagaian sosiobudaya dalam kelas turut merangsang kepada perbezaan sari segi pembelajaran dan komunikasi sesama murid.

Memastikan pelajar saling memahami, dapat bergaul dengan mesra

Pencapaian akademik boleh dilihat dalam dalam tiga golongan pelajar iatu cemerlang, sederhana dan lemah.

Ketidaksamaan dari aspek pencapaian akademik berlaku atas beberapa perkara seperti murid, rakan sebaya, keluarga, guru dan sekolah.

Murid yang cemerlang pastinya akan datang ke sekolah ditambah dengan dorongan rakan sebaya kerana mereka mudah terdorong dengan rakan-rakan.

Keluarga yang terdiri daripada golongan cerdiki akan melahirkan anak-anak yang cerdik.

Peranan guru dan juga lokasi sekolah juga akan mempengaruhi ketidaksamaan pencapaian akademik

Menggalakkan pergaulan antara pelajar daripada pelbagai latar dengan mendedahkan pelajar budaya pelbagai kaum.

Murid juga perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosiobudaya di dalam kelas untuk berinterakasi antara kaum dan jantina.

Unsur-unsur dialek mengikut kaum perlu dielakkan diskriminasi antara jantina juga perlu dielakkan.

Murid juga perlu digalakkan bergaul dengan semua kaum dan jantina yang berbeza.

Guru adalah antara agen sosialisasi yang paling berpengaruh di mana guru turut memainkan peranan utama dalam membentuk konsep kendiri, personaliti dan sahsiah murid-murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat.

Ini kerana sekolah merupakan agen untuk menyampaikan kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan . Dengan itu proses sosialisasi murid merupakan satu tugas yang perlu dilaksanakan sekolah dengan rasa penuh tanggungjawab.

Guru memainkan beberapa peranan penting selaku agen sosial semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

  1. Peribadi

Ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara.

Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan selari dengan aspirasi negara

Tingkah laku guru merupakan salah satu pengaruh sosialisasi dalam kalangan pelajarnya. Ini kerana guru berdiri di hadapan beratus-ratus orang pelajar. Segala percakapan, tindakan dan tingkah laku guru diperhatikan dengan rapi oleh para pelajar.

  1. Profesion

Seorang agen sosial untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing dan menjadi tanggungjawab pendidik perlu melahirkan murid yang menguasai kemahiran yang tinggi bagi merealisasikan aspirasi kerajaan. Guru yang menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif

Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru juga amat penting dalam menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Pendidik perlu bertanggungjawab untuk mempersiapkan diri terlebih dahulu dengan pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan produk yang dilahirkan kelak memenuhi ciri kemenjadian murid sebagaimana yang diimpikan. Dengan itu guru perlu menganjak paradigma dengan melakukan tranformasi minda agar dapat merealisasikan hasrat yang disebut.

  1. Amalan dan Tingkah laku

Peranan seorang guru sebagai seorang agen sosial ibarat doktor dan jururawat yang bertindak merawat muridnya. Guru bertanggungjawab dalam memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid yang sempuna supaya selaras dengan kehendak masyarakat.

Dalam hal ini guru memainkan peranannya dengan memupuk nilai-nilai murni seperti belas- kasihan, bertolak ansur, bertimbang rasa dan bekerjasama.

Pelajar yang muda amat memerlukan keperluan-keperluan psikologi tersebut dan ini dapat dipenuhi oleh seorang guru yang baik hati serta ada perasaan belas kasihan. Kesemua nilai ini amat dihargai dalam sosialisasi