Beliau telah memperkenalkan sistem nombor, sifar dan perpuluhan dalam disiplin ilmu matematik.
Pengenalan sistem nombor oleh al-Khawarizmi membawa implikasi yang amat besar dalam peradaban manusia sehingga kini. Angka-angka 0 hingga 9 menggunakan simbol-simbol yang mewakili sifat dan nilai-nilai tertentu. Sistem ini diterjemahkan ke bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.Pengenalan sistem angka dan nombor yang sistematik ini menyebabkan operasi pengiraan matematik dapat diperluaskan kepada konsep penambahan, penolakan, operasi kuasa dua, log, kosinus, dan sebagainya. Sistem nombor ini turut membawa kepada perkembangan ilmu sains dan teknologi.