Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan sumbangan al-khawarizmi dalam bidang astronomi dan geografi -…
Bincangkan sumbangan al-khawarizmi dalam bidang astronomi dan geografi
kesimpulan
Tidak dinafikan bahawa al-Khwarizmi merupakan tokoh ilmuan muslim terulung pada zamannya.
Penemuan dan pencapaian beliau dalam bidang atsronomi dan geografi membawa implikasi besar yang mempengaruhi kehidupan dan peradaban manusia sehingga kini.
hasil karya
Al-Khwarizmi merupakan tokoh pertama yang menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifir trigonometri.
Istikhraj Tarikh al-Yahudi berkaitan takwim Yahudi. . Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat yang membicarakan tentang alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari. The Book of Astronomi Table berkaitan dengan gerhana dan fasa-fasa bulan.
Buku berjudul Zaij al-Sindhind (Astrinomical Tables of Sind and Hind) membincangkan tentang peredaran matahari, bulan dan lima planet yang diketahui ketika itu.
penciptaan peralatan astronomi
Al-Khwarizmi berjaya mencipta beberapa peralatan berkaitan astronomi termasuk jam dan alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.
sumbangan kepada masyarakat
Ilmu kaji bintang dan ilmu falak al-Khwarizmi membantu memudahkan umat Islam dalam urusan ibadah termasuk melihat anak bulan untuk memulakan puasa. Golongan pelayar Islam juga memperoleh manfaat dari penemuan ilmu astronomi al-Khwarizmi.
Bagi masyarakat dunia pula,Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat yang dterjemah ke dalam bahasa Latin dan bahasa Cina telah memberikan manfaat yang besar kepada mereka. Ilmu kaji bintang dan ilmu falak al-Khwarizmi memberi impak besar terhadap kemajuan bidang sains astronomi dunia.
Bukan itu sahaja, Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia bersama peta petanya. Hal ini membolehkan orang-orang Barat menggunakan kitab dan peta itu sebagai rujukan ilmiah.
pendahuluan
Nama sebenar al-Khwarizmi iaah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi. Beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah. Dalam kalangan orang Barat, beliau dikenali dengan nama A-Goritmi, Al-Cowarizmi atau Al-Gorism. Mendapat gelaran al-Khawarizmi kerana berasal dari Khwarizmi atau Khuway, sebuah tempat di selatan Tasik Aral di Turkistan atau kini dikenali sebagai Republik Urbekistan, bekas jajahan Soviet Union.
Al-Khwarizmi berbangsa Parsi dan dilahirkan pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia di Baghdad pada tahun 846 Masihi. Beliau berhijrah ke KotaBaghdad dan menghabiskan lebih dari separuh usianya di kota tersebut.
menghitung garisan khatulistiwa dan melakar peta
Pada tahun 830M, al-Khwarizmi pernah menghitung Garisan Khatulistiwa bumi dan mendapati ukurusannya ialah 40.248 km berbanding penemuan kini ialah 40.070 km.
Selain itu, Al-Khwarizmi juga merupakan saintis pertama yang berjaya melakar peta dunia. Beliau melakukan pemantauan dan kajian terhadap bumi bersama 70 ahli geografi yang lain.