Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan sumbangan al-khawarizmi dalam bidang astronomi dan geografi -…
Bincangkan sumbangan al-khawarizmi dalam bidang astronomi dan geografi
Pendahuluan
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Beliau berbangsa Parsi dan dilahirkan pada tahun 780M di Khwarzm (Khiva, Ubekistan).
Al-Khwarizmi seorang tokoh intelektual Islam yg menguasai plbagai disiplin ilmu trmasuk falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik dan sebagainya. Ketokohan beliau dalam ilmu matematik diiktiraf pemerintah kerajaan Abasiyah. Pernah berkhidmat sebagai pakar matematik di Baitul Hikmah pd zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan Pengarah Arkib di perpustakaan istana pd zaman Khalifah al-Makmum.
Beliau dilantik sebagai Penasihat Astronimi dan Ahli Falak Diraja pd zaman pemerintahan Khalifah al-Makmum. Sebuah balai cerap dibina khas suntuk beliau membuat kajian ilmu bintang.
Di Eropah, al-Khwarizmi dikenali al-Goritmi, al-Gorismi, al-Karismi atau al-Cowarizmi. Al-Khwarizmi digelar sebagai Bapa Matematik Moden kerana sumbangan besar dalam bidang matematik.
Sumbangan dalam bidang astronomi
Hasil karya
Buku berjudul Zaid al-Sindhind (Astronomical Tables of Sind and Hind) membincangkan tentang peredaran matahari, bulan dan lima planet yang diketahui kektika itu. Al-Khawrimi merupaka tokoh pertama yang menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifar trigonometri.
Kaedah pengiraan beliau digunakan terutama dalam isu pengiraan dan pembahagian harta pusaka serta perniagaan
Penggunaan konsep pemboleh ubah turut membantu dalam pembahagian dan pengagihan zakat. Al-Khawrizmi berjaya mengatasi pengiraan rumit melalui pelbagai cabang ilmu matematik yang dipeloporinya.
Penciptaan peralatan astronomi
Al-Khawrizmi berjaya mencipta beberapa peralatan berkaitan astronomi termasuk jam dan alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.
Alat ini diperbuat daripada batu marmar (rukhamat) yang digunakan untuk mengenal waktu solat.
Alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab. Bidang astronomi sangat berkaitan dengan pengiraan, oleh itu ilmu al-Jabr yang diperkenalkan oleh al-Khawrizmi sangat berguna.
Sumbangan dalam bidang geografi
Hasil karya
Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) berkaitan beberapa koordinat lokasi Laut Mediterranean, Asia dan Afrika berdasarkan buku geografi Ptolemey.
Beliau tidak hanya menyemak pandangan Ptolemey mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakarkan peta dunia.
Kitab Taqwiinul Buldan yang menerangkan secara terperinci buku penulisan Bethmulus dengan berpandukan buku lama beliau iaitu Kitab Surat al-Ard iaitu buku tentang rupa bumi.
Menghitung garisan khatulistiwa bumi
Pada tahun 830M, al-Khawrizmi pernah menghitung Garisan Khatulistiwa bumi dan mendapati ukurannya ialah 40.248 km berbanding penemuan kini ialah 40.070.
-
Kesimpulan
al-Khawrizmi merupakan tokoh ilmuwan muslim terulang pada zamannya. Penemuan dan pencapaian beliau dalam bidang matematik, astronomi dan geografi membawa implikasi besar yang mempengaruhi kehidupan dan peradaban manusia hingga kini.
kecemerlangannya al-Khawrzimi dalam pelbagai bidang melayakkan beliau digelar Bapa Matematik Moden dan Ahli Falak Diaraja.