Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan sumbangan al khawarizmi dalam bidang matematik - Coggle Diagram
Bincangkan sumbangan al khawarizmi dalam bidang matematik
pendahuluan
• Nama sebenar al-Khwarizmi ialah Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al-Khwarizmi . Dilahirkan pada tahun 780 M dan meninggal dunia pada tahun 850 M . Beliau juga merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah , logik , aritmetik , geometri , muzik , kejuruteraan , sejarah Islam dan kimia .
• Beliau juga dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau . Beliau lebih dikenali sebagai sebagai al-Khwarizmi dalam kalangan ahli sains dan merupakan seorang yang ahli sains Islam yang terulung dalam bidang matematik .
Kepakarannya dalam matematik diiktiraf oleh Khalifah Abbasiyah
• Beliau dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana khalifah oleh khalifah al-Ma’mun . Malah , Baginda juga sering ke Baitul Hikmah untuk menemui ilmuwan di sana , termasuk al-khwarizmi .
• Khalifah Harun al-Rashid telah melantik beliau sebagai pakar matematik dan ahli akademi matematik di Baitul Hikmah .
Memperkenalkan sistem nombor
• Al-Khwarizmi memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol tertentu digunakan untuk mewakili nilai-nilai tertentu.
• Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka sifar akan terbit nombor yang mencapai infiniti.
Pengenalan sistem angka yang sistematik
• Angka ‘sifar’ yang beliau perkenalkan masih kekal digunakan oleh masyarakat pada hari ini. Malahan angka ‘sifar’ dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.
• Al-Khwarizmi memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus. Sistem ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang pesat.
Pengenalan sistem al-Jabar (Algebra)
• Al-Jabar juga merupakan satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubah membolehkan masyarakat hari ini menyelesaikan banyak masalah pengiraan. Masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.
• Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa Latin dan menjadi rujukan pelaan bagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hingga abad ke16M.
• Selain itu, beliau memperkenalkan sistem al-Jabar (algebra). Bentuk pengiraan yang menggunakan simbol tertentu disebut sebagai algebra dalam ilmu matematik pada hari ini.
kesimpulan
• Sesungguhnya kewibawaan al-Khwarizmi dalam bidang matematik terbukti bukan sahaja beliau disanjung oleh umat Islam , bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjana-sarjana barat
• Apa yang lebih menarik lagi ialah kepakaran beliau dalam bidang ini turut sama digunakan dalam kajiannya dalam bidang astronomi dan geografi