Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Usaha dan galakan para khalifah merupakan pendorong utama perkembangan…
Usaha dan galakan para khalifah merupakan pendorong utama perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiyah. Nilaikan.
PENGENALAN
Pendidikan merupakan suatu keperluan bagi segenap lapisan masyarakat dan menjadi asas untuk menggerakkan ketamadunan bangsa. Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat.
Kerajaan Abbasiyah (750-1258M) ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan kerajaan Umayyah. Pendidikan telah berkembang pesat di zaman kerajaan Abbasiyah sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu keduniaan.
USAHA DAN GALAKAN PARA KHALIFAH
Khalifah mendirikan pusat-pusat pengajian. Khalifah Harun al-Rasyid membina perpustakaan yang ulung iaitu Baitul Hikmah di Baghdad.
Khalifah al-Makmum menghimpunkan setiap kitab dari daerah taklukannya seperti Syria, Afrika dan Mesir untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Khalifah al-Mukhtadid Billah menyelia sudut-sudut dan tempat tertentu di istananya untuk majlis ilmu.
Khalifah memberi pelbagai kemudahan untuk menetap di Baghdad, perbelanjaan tetap dan kedudukan istimewa kepada golongan cerdik pandai.
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Harun al-Rasyid dan al-Makmum menggalakkan kegiatan penterjemahan
AKTIVITI PENTERJEMAHAN PELBAGAI ILMU
Bidang penterjemahan bermula dengan ilmu mantik sehingga tertubuhnya Sekolah Tinggi Penterjemahan yang pertama di dunia.
Penterjemahan dipimpin oleh Hunain bin Ishak dan 90 orang murid-muridnya. Penterjemah lain seperti Ishak bin Hunain, Hubaisy dan Thabit Qurrah
Buku-buku falsafah, sains, matematik, perubatan dan astronomi daripada pelbagai bahasa diterjemah ke dalam bahasa Arab.
Kesannya lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan dan tokoh-tokoh dalam bidang tersebut
KEMUNCULAN GOLONGAN ULAMA
Lahirnya tokoh-tokoh atau golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar.
Abul Ali al-Hussein ibn Abdullah ibn Sina atau dikenali sebagai Ibn Sina menghasilkan berpuluh-puluh karya dalam bidang falsafah dan perubatan.
Abu Hamid al-Ghazali atau dikenali sebagai al-Ghazali yang mengarang lebih kurang 300 buah buku merangkumi falsafah, keagamaan, dan politik
Maskuih yang menghasilkan buku sejarah yang menyentuh hal-hal kemasyarakatan khususnya bidang ekonomi.
Beliau menulis dengan lengkap sejarah permulaan Bani Buwayh dan hal ehwal pemerintahan Bani Abbasiyah.
Tokoh-tokoh lain seperti al-Kindi, al-Farabi, Abu Hanifah, Malik bin Anas, Ahmad bin Hanbal al-Bukhari dan lain-lain pakar dalam hadis dan fikah
KEWUJUDAN PRASARANA PENDIDIKAN YANG BAIK
Terdapat institusi pendidikan seperti masjid, surau, kuttab dan istana yang dijadikan sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan.
Pusat pengajian yang lengkap dan moden didirikan di seluruh negara seperti di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah, Balk dan lain-lain.
Pusat pengajian yang terkenal ialah madrasah yang mencakupi pengajian peringkat rendah, menengah, dan tinggi.
Masjid dijadikan tempat utama bagi mempelajari al-Quran, hadis, fikah, tafsir dan kesihatan. Di masjid diadakan majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama, sarjana, ahli fikir dan lain-lain berkenaan isu semasa
Istana khalifah dipenuhi golongan cendekiawan dan cerdik pandai. Istana lebih berfungsi sebagai gedung ilmu pengetahuan daripada pusat pemerintahan.
Madrasah menyediakan kemudahan fizikal pembelajaran. Madrasah an-Nizamiyah dianggap sebagai institusi pengajian tinggi yang pertama bertaraf universiti.
Pembinaan perpustakaan yang berperanan sebagai tempat membaca, membuat rujukan, menyelidik, dan belajar secara halaqah. Antara perpustakaan terkenal ialah Baitul Hikmah, Dar al-Hikmah, dan Khizanat sabur (Dar al-Ilm)
SISTEM PENDIDIKAN YANG TERSENDIRI
Terdapat tiga peringkat pengajian iaitu rendah, menengah dan tinggi. Peringkat permulaan atau rendah yang bertempat di kuttab atau pondok.
Kurikulum peringkat rendah ialah mempelajari al-Quran, sirah Rasulullah s.a.w. , membaca, menulis, puisi dan ilmu hisab.
Di peringkat menengah, ilmu yang diajar ialah ilmu tafsir, hadis, kalam, tasawwuf, bahasa, usul fiqah, sejarah, geografi dan sebagainya.
Peringkat tinggi ialah pengajian di universiti yang memberi tumpuan kepada pengkhususan ilmu. Antaranya ialah matematik, astronomi, geometri, kimia, zoologi dan perubatan
KESIMPULAN
Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyah merupakan titik peralihan penting ke arah mewujudkan sistem pendidikan yang lebih tersusun
Kedudukan guru mula mendapat tempat dengan disediakan segala kemudahan dan kemudiannya dibayar gaji. Seterusnya murid-murid telah ditempatkan di sekolah mengikut aras pembelajaran masing-masing
Pada zaman pemerintahan al-Makmum, kota Baghdad dikatakan telah mencapai puncak kegemilangannya serta mendapat jolokan sebagai pusat kebudayaan antarabangsa