Terdapat institusi pendidikan seperti masjid, surau, kuttab dan istana yang dijadikan sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Pusat pengajian yang lengkap dan moden didirikan di seluruh negara seperti di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah, Balk dan lain-lain. Pusat pengajian yang terkenal ialah madrasah yang mencakupi pengajian peringkat rendah, menengah, dan tinggi. Masjid dijadikan tempat utama bagi mempelajari al-Quran, hadis, fikah, tafsir dan kesihatan. Di masjid diadakan majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama, sarjana, ahli fikir dan lain-lain berkenaan isu semasa