Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam - Coggle Diagram
Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam
pendahuluan
• Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi dan penting. Ini jelas apabila surah al-Alaq menjadi surah pertama yang diturunkan semasa kerasulan Nabi Muhammad SAW. Surah ini menyeru manusia membaca dengan nama Allah swt.
• Teras pendidikan Islam ialah akidah, ilmu dan amal.
• Terdapat pelbagai istilah dalam pengertian pendidikan menurut Islam antaranya tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu petunjuk berasaskan syariah
Ciri - ciri pendidikan
Mewujudkan pembangunan yang seimbang
• Penekanan diberi kepada semua aspek pertumbuhan manusia agar sentiasa seimbang supaya dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai khalifah Allah di bumi ini.
• Pembelajaran yang diterima oleh seseorang individu dapat membawa kesedaran kepadanya tentang tujuan dia dicipta. Kesedaran ini akan mendorongnya membangunkan dunia mengikut ajaran agama Islam
• Pembangunan yang seimbang ialah dari aspek naqliah dan aqliah supaya dapat mengenali penciptaNya dan seterusnya mentaati segala perintahNya.
Sumber utama ialah al-Quran dan Sunnah
• Selain itu pendidikan Islam juga berpandukan sumber akal, iaitu ijtihad dan qias. Sumber ini dapat menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah.
• Sumber-sumber ini telah menonjolkan prinsip-prinsip yang ideal demi membentuk insan sempurna yang mengabdikan diri kepada Allah SWT untuk mendapat keredaanNya
• Al-Quran dan sunnah merupakan sumber dalam falsafah pendidikan Islam. Sumber al-Quran ialah sumber yang sah dan hakiki diikuti oleh sunnah
Menekankan nilai dan keikhlasan manusia
• Pendidikan dapat memimpin manusia ke arah kemajuan hidup yang lebih ideal
• Pendidikan juga merupakan penilaian bagi kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupannya
• Pendidikan akan merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Merupakan satu proses sepanjang hayat dan bersifat dinamis
• Sebagai satu proses sarwajagat pendidikan mestilah dibiarkan mengalir tanpa sekatan
• Sehubungan dengan itu, sememangnya menjadi kewajipan setiap individu untuk menuntut ilmu kerana Islam memandang tinggi dan menghormati orang yang berilmu
• Setiap individu diberi kebebasan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa mengira jantina, warna kulit, kedudukan atau kekayaan
penutup
• Secara amnya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah supaya merasai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, objektif utama falsafah Islam adalah untuk mendapatkan ilmu demi mentauhidkan Allah SWT.
Falsafah pendidikan Islam
• Menurut Al-Kindi – falsafah ialah ilmu tentang hakikat segala benda yang mampu digarap oleh minda manusia
• Tegasnya; falsafah pendidikan Islam berusaha melahirkan individu yang soleh seterusnya melahirkan warganegara yang beriman dan beramal. Ia juga berusaha ke arah melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani
• Menurut al-Shaibany – falsafah pendidikan sebagai usaha melaksanakan teori dan kaedah berhubung dengan pengalaman manusia. Oleh itu, falsafah pendidikan berfungsi bagi menilai, menyelaras dan menganalisa segala permasalahan dalam kehidupan manusia
• Menurut al Farabi dan Ibn Sina – objerktif utama falsafah adalah untuk mendapatkan ilmu demi keyakinan, ketenangan dan kepastian seperti ilmu tentang ketauhidan Allah
• Falasafah pendidikan merupakan asas penentuan konsep pelajaran dan pembelajaran sama ada berbentuk umum atau khusus, membentuk kurikulum, kaedah pembelajaran, objektif serta penilaian.