Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam - Coggle Diagram
Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam
pendahuluan
Pendidikan dapat didefinasikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengatahuan , sama ada secara teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu bagi menempuh kehidupan yang semakin kompleks. Pendidikan islam dikaitkan dengan beberapa istilah khusus antaranya tarbiyah , ta’lim , tadris , ta’dib dan irsyad.
pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan fizikal serta kesedaran manusia terhadap Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu petunjuk berasaskan syariah
poses Pendidikan Sepanjang Hayat
tiga falsafah yang kaitkan dengan pendidikan Islam ialah akidah, ilmu dan amal
Bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Kebebasan kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina , kekayaan , dan warna kulit.
Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan atau fardhu , sama ada kepada kaum lelaki mahupun wanita. Oleh itu , menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk mencari ilmu kerana agama islam sendiri memandang tinggi dan menghormati orang yang menuntut ilmu.
sumber utama berlandaskan al-Quran dan Sunnah
Sumber yang sah dan hakiki , diikuti sunnah atau hadis Rasulullah SAW. Selain itu, berpandukan sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan parkara-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-quran dan sunnah.
Fokus utama ialah memenuhi keperluan kerohanian , menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati , pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa merdeka Menurut ibn khaldun, matlamat pendidikan islam ialah mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan iaitu mengajarnya tentang syiar-syiar agama menerusi al-Quran dan sunnah.
al-Quran dan sunnah merupakan sumber dalam falsafah pendidikan Islam. Sumber al-Quran ialah sumber yang sah dan hakiki diikuti oleh sunnah. selain itu pendidikan Islam juga berpandukan sumber akal, iaitu ijtihad dan qias. Sumber ini dapat menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah.
Merupakan satu proses sepanjang hayat dan bersifat dinamis
setiap individu diberi kebebasan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa mengira jantina, warna kulit, kedudukan atau kekayaan. sebagai satu proses sarwajagat pendidikan mestilah dibiarkan mengalir tanpa sekatan.
sehubungan dengan itu, sememangnya menjadi kewajipan setiap individu untuk menuntut ilmu kerana Islam memandang tinggi dan menghormati orang yang berilmu
Mewujudkan pembangunan yang seimbang
pembangunan yang seimbang ialah dari aspek naqliah dan aqliah supaya dapat mengenali penciptaNya dan seterusnya mentaati segala perintahNya. penekanan diberi kepada semua aspek pertumbuhan manusia agar sentiasa seimbang supaya dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai khalifah Allah di bumi ini.
pembelajaran yang diterima oleh seseorang individu dapat membawa kesedaran kepadanya tentang tujuan dia dicipta. Kesedaran ini akan mendorongnya membangunkan dunia mengikut ajaran agama Islam
Menjadi teras kepada pembentukan insan soleh
falsafah pendidikan bertujuan melahirkan insan yang beriman dan beramal. Insan seperti ini akan bersifat takwa, memiliki sifat-sifat kemanusian yang tinggi dan berkeperibadian mulia
dengan kekuatan akhlak yang terpuji dan ilmu yang mendalam, seseorang individu akan mengetahui baik dan buruk tindakannya
kesimpulan
Secara amnya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah supaya merasai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, objektif utama falsafah Islam adalah untuk mendapatkan ilmu demi mentauhidkan Allah SWT. Pendidikan islam adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT , membentuk akhlak terpuji , menyedarkan manusia tentang hubungan dan tanggungjawabnya serta sebagai persediaan menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat.
Tujuan khasnya , mengharapkan perubahan-perubahan yang berlaku , khususnya tingkah laku melalui penurunan ilmu yang dilaksanakan secara sistematik.