Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg - Coggle Diagram
Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
TAHAP 1: TAHAP PRA-KONVENSIONAL (0-9 TAHUN)
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman.
Dalam Dilema Heinz: Kebanyakan kanak-kanak berkata bahawa Heinz
bersalah kerana mencuri dadah kerana "Ia melanggar undang-undang,"
atau "Mencuri itu buruk," seolah-olah itu sahaja yang penting.
Secara alternatif, seorang kanak-kanak mungkin
berkata, "Heinz boleh mencuri benda itu kerana dia telah memintanya
dahulu dan dia bukannya mencuri sesuatu yang besar; dia tidak akan
dihukum". Walaupun kanak-kanak itu bersetuju dengan tindakan Heinz,
pertimbangannya masih pada tahap 1; yang menjadi persoalan adalah apa yang
pihak berkuasa benarkan dan apa yang mereka akan hukum.
Peringkat 2: Orientasi Ganjaran
Dalam Dilema Heinz, individu selalu berkata bahawa Heinz betul kerana
kerana mereka bercakap sebagai individu dan bukan sebagai seorang
ahli masyarakat. Mereka melihat individu berbalas pertolongan, tetapi tidak terdapat
pengenal pastian nilai keluarga atau masyarakat.
mencuri dadah tersebut kerana pakar dadah tersebut tidak mahu membuat
persetujuan yang adil; dia "cuba menipu Heinz," Atau mereka mungkin
berkata bahawa dia harus mencuri untuk isterinya "kerana dia mungkin
membalas budinya suatu hari kelak
TAHAP 2: KONVENSIONAL (9-15 TAHUN)
Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik.
Subjek pada peringkat ini selalunya berusia belasan tahun (umur 13 tahun).
Mereka percaya bahawa orang harus memenuhi jangkaan keluarga dan komuniti dan
berkelakuan "baik". Kelakuan baik bermaksud mempunyai motif dan perasaan
interpersonal yang baik seperti cinta, empati, percaya, dan prihatin.
Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan
Pada tahap ini, subjek menjadi lebih mengambil tahu tentang masyarakat. Penekanan adalah kepada mematuhi undang-undang, menghormati pihak berkuasa, dan menjalankan tanggungjawab seseorang itu supaya ketenteraman sosial dapat dikekalkan.
Secara kasar, subjek dalam peringkat 1 dan peringkat 4 memberikan respon yang
sama, sebab itulah Kohlberg berkeras bahawa kita perlu mencungkil sebab di sebalik
respon yang diberikan. Kanak-kanak pada peringkat 1 berkata, "Mencuri adalah salah"
dan "Ia melanggar undang-undang", tetapi mereka tidak dapat menghuraikan lebih lanjut
lagi, melainkan berkata bahawa mencuri boleh membuatkan seseorang dipenjara.
Responden peringkat 4, sebaliknya, mempunyai suatu konsepsi tentang fungsi undang-
undang untuk masyarakat keseluruhannya – suatu konsepsi yang jauh melebihi pemahaman kanak-kanak kecil.
TAHAP 3: POS – KONVENSIONAL (16 TAHUN KE ATAS)
Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu.
Pada tahap ini, mereka mula bertanya, "Apa yang menjadikan
masyarakat yang baik?" Mereka mula berfikir tentang masyarakat dengan cara yang
sangat teoretikal, melihat masyarakatnya daripada luar dan mempertimbangkan hak dan
nilai yang sebuah masyarakat harus tegakkan. Mereka kemudian menilai masyarakat
Pertamanya mereka semua akan mahukan hak asas yang tertentu,
seperti kebebasan dan kehidupan, untuk dilindungi.
Keduanya, mereka akan mahukan prosedur demokratik untuk menukar undang-undang yang tidak adil dan bagi memperbaiki masyarakat.
yang ada daripada segi pertimbangan tersebut.
Peringkat 6: Prinsip Sejagat
menumpukan kepada ‘keadilan’. Prinsip keadilan memerlukan kita untuk melayan
tuntutan semua pihak dengan cara yang tidak berat sebelah, dan menghormati
martabat yang asas, semua orang sebagai individu.
Misalnya, apa pula kalau pakar dadah itu berada dalam tempat Heinz. Kemungkinan
besar dia akan bersetuju bahawa nyawa isterinya mesti diselamatkan dan diberikan
penghormatan sepenuhnya dan saksama.