Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA 6C, FATIN NABILAH BINTI AHMAD UZMI…
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA 6C
KPPB
Pembelajaran bermakna ialah satu proses untuk mencapai hasil pembelajaran iaitu Kompetensi 6C.
Semasa proses pembelajaran bermakna, pelajar membangunkan Kompetensi 6C dan dengan memanfaatkan digital, pelajar akan dapat mengembangkan kompetensi 6C hingga ke peringkat global melalui kapasiti pedagogi
Mengandungi empat bahagian (pedagogi, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran, persekitaran pembelajaran) yang saling menyokong dan melengkapi antara satu sama lain bagi mengahasilkan sebuah konsep KPPB yang mantap.
Sesi PdP berlaku secara berpusatkan murid dan para pendidik perlu mengamalkan strategi dan kaedah PAK 21. Pencapaian PdP bukan sekadar mememuhi hasil pembelajaran tetapi kepada pencapaian 6C.
Critical Thinking (Berfikiran Kritis)
Membuat perkaitan dan mengenal pasti pola - murid dapat mengukuhkan kefahaman tentang kewujudan saling berkaitan dalam pembelajaran dan bagaimana ia boleh dimafaatkan
Pembinaan ilmu yang bermakna - Murid sangat mahir membuat penaakulan dan mempunyai pemikiran kritis yang mantap dalam membina pengetahuan bermakna
Menilai maklumat dan hujah - Murid sangat mahir menilai kesahihan maklumat serta hujah dan memberikan justifikasi yang bermakna
Pembinaan ilmu secara kolaboratif - Murid berfikir dan berkerjasama melalui perkongsian pemikiran intuitif dan sinergistik dalam menghasilkan pengetahuan baharu.
Menguji, membuat refleksi dan melaksanakan tindakan berasaskan idea dalam dunia sebenar - Murid mengenalpasti proses yang amat berkesan untuk menilai idea bagi mengaplikasi kreativiti dalam konteks baharu
Character (sahsiah)
Belajar cara belajar - Murid mahir menyelesaikan msalah dan menjana pengetahuan baharu
Kecekalan, Ketabahan, Ketekunan dan Ketahanan - Murid sangat mahir melaksanakan tugasan dan memberi sokongan kepada orang lain.
Pengaturan diri, Tanggungjawab integriti - Murid pandai membawa diri dalam pelbagai situasi dan proaktif terhadap pembelajaran kendiri.
Pemantapan digital - Murid mahir memggunakan elemen digital dan boleh menerangkan penggunaannya
Communication (Komunikasi)
Komunikasi yang koheran menggunakan pelbagai mod komunikasi - Murid sangat mahir berkomunikasi secara koheran dan berkesinambungan.
Komunikasi yang direka untuk audien khusus - Murid sangat mahir dalam pelbagai strategi untuk menyampaikan mesej yang berupaya mengubah cara pemikiran audien
Perbezaan dan kepentingan komunikasi multi - modal - Murid tahu "big idea" dan cara menyampaikannya menggunakan gabungan alatan dan mod komunikasi yang betul.
Pemanfaat digital - Murid sangat mahir menggunkan elemen digital untuk meningkatkan kualiti dan nilai komunikasi dalam proses PdP dan audien serta menggunakan pemahaman dalam konteks baharu dan berbeza.
Refleksi terhadap proses pembelajaran untuk lebih membangunkan dan menambahbaik komunikasi - Murid sangat mahir dan intuitif dalam mencari sinergi kerjasama
Citizenship (Kewarganegaraan)
Memahami nilai dan pandangan global yang pelbagai - murid menggunakan pemahahaman tentang pelbagai budaya untuk mempertimbangkan isu global.
Perpektif global - Murid terlibat secara aktif untuk memberi kesan/ impak kepada dunia.
Minat yang tulen terhadap manusia dan kelestarian alam sekitar - Murid mempamerkan hasil kerja yang menggambarkan tindakan positif ke arah kelestarian.
Menyelesaikan masalah dunia sebenar yang kurang jelas dan kompleks untuk manfaat semua - Murid mempunyai tahap minat yang tinggi dalam menangani masalah dunia.
Pemanfaatan digital - Penggunaan elemen digital membolehkan murid memanfaatkan elemen tersenut dalam konteks baharu.
Creativiti (Kreativiti)
Keusahawanan ekonomi dan sosial - Murid mampu menilai potensi dan sumber yang ada di sekeliling mereka untuk merealisasikan ke arah penyelesaian masalah atau peluang baru.
Kepimpinan untuk melaksanakan tindakan - Murid mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan dan memberi inspirasi kepada murid lain.
Menyoal menggunakan soalan inkuiri yang tepat - Murid mahir dalam memahami "big idea", merangka permasalahan, membina soalan provokatif dan meneroka isu sebenar.
Mengambilkira dan melaksanakan idea dan penyelesaian baharu - Murid amat mahir menyelesaikan masalah, fleksibel, berdaya maju, kreatif, inovatif dan realistik dalam meningkatkan kualiti kehidupan.
Collaboration (Kolaboratif)
Kemahiran interpersonal dan berkumpulan - Murid melaksanakan taggungjawab secara individu dan kolektif serta memaksimumkan idea dan kepakaran ahli
Kemahiran sosial, emosi dan silang budaya - Murid mempunyai kemahiran sosial dan empati yang tinggi merentasi budaya dan berjaya membentuk hubungan yang positif dalam pasukan.
Saling bergantung dalam satu kumpulan - Murid mempamerkan sinergi dan memanfaatkan kelebihan ahli pasukan
Menguruskan dinamika dan cabaran - Murid sangat mahir meneroka pendapat yang berbeza secara berhemah bagi memperkayakan pembelajaran dan peikiran diri dan pasukan.
Pemanfaatan digital - Murid menggunakan elemen digital dengan berkesan dalam mempertingkatkan kualiti kolaboratif dan inovatif dalam konteks baharu dan berbeza
FATIN NABILAH BINTI AHMAD UZMI (D21191739)