Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR, NAMA AHLI KUMPULAN: NURAZREN SOFEA…
PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR
I. Reka bentuk kurikulum
KBSR
direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan
yang tersusun dan bersistematik.
KSSR
pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR.
KSSR
KBSR
II. Bahan Kurikulum
KBSR
adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan.
Bagi
KSSR
yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran
KSSR
KBSR
III. Organisasi Kurikulum
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas
KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.
KSSR
KBSR
I
V. Fokus Kurikulum
KBSR
memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira
Dalam
KSSR
pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul
KSSR
KBSR
V. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan
KBSR
yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia adalah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan
KSSR
yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini
KSSR
KBSR
VI. Kaedah Penilaian
.
KBSR
, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif.Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.
KSSR
menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid
KSSR
KBSR
KBSR
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
telah diubah kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara
KSSR
Transformasi
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
adalah merupakan pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
NAMA AHLI KUMPULAN:
NURAZREN SOFEA BINTI ABDUL AZIZ
SAYIDAH NAFISAH BINTI MOHD HAMDI
KELAS: 1 PISMP PI4