Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan sistem pemerintahan kerajaan Islam di Andalusia pada abad ke-13 -…
- Jelaskan sistem pemerintahan kerajaan Islam di Andalusia pada abad ke-13
kesimpulan
Walaupun kedua-dua buah kerajaan Islam ini menghadapi ancaman yang begitu getir daripada golongan bukan Islam khususnya golongan Kristian, namun dengan pentabiran yang sistematik khususnya pemusatan kuasa di tangan Amir mahupun Sultan, ditambah dengan dasar-dasar yang dilaksanakan, kerajaan ini telah dapat bertahan sehingga penghujung abad ke-15 dan berjaya meninggalkan legasi yang bernilai di bumi Eropah.
Pusat pentadbiran
Kerajaan Muwahidun telah menjadikan Seville sebagai pusat pemerintahan mereka selepas kejayaan menyeberang Andalusia. Susulan daripada kejayaan ini, beberapa wilayah telah dikuasai seperti Toledo, Santarem, dan Granada.
Di bawah pimpinan Ibn Hud pula, beliau telah menjadikan Murcia sebagai pusat pemerintahannya, dan memulakan usaha menguasai wilayah seperti Almeria, Ceuta, Jaen, Merida dan Badajoz.
Kerajaan Nasriyyah pula diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang juga dikenali sebagai Ibn al Ahmar.
Beliau telah menjadikan Granada sebagai pusat pentadbirannya padatahun 1235 memandangkan kedudukannya yang strategik, antara Almeria dan Gibraltarserta dikelilingi oleh kubu pertahanan yang kuat sehingga tahun 1396 Masihi.
Gelaran pemerintah
Pemimpin kedua-dua buah kerajaan ini telah menggunakan gelaran sama ada Khalifah, Amir, mahupun Sultan. Bagi kerajaan Muwahidun, penggunaan gelaran Amir merupakan simbol kekuasaan tertinggi dan bertujuan memastikan jawatan ini berkekalan dan diwarisi oleh putera putera mahkota.
Sesetengah pemerintah telah menggunakan gelaran al Mahdi, al Nasir dan al Mansor yang bertujuan menggambarkan akan keagungannya sebagai pemerintah; secara tidak langsung menggambarkan adanya pengaruh Syiah dalam kerajaan ini.
Sementara dalam kerajaan Nasriyyah, terdapat pemerintah yang menggunakan gelaran Sultan selain penggunaan gelaran yang sinonim dengan kerajaan al Muwahidun iaitu Amir. Apa yang pasti, gelaran yang digunapakai ini bertujuan menunjukkan pemusatan kuasa di tangan pemerintah.
-
Sistem birokrasi
Sistem birokrasi dibentuk di peringkat pusat mahupun wilayah, walaupun penguasaan wilayah agak terhad. Antara jawatan yang dibentuk ialah Gabenor Jeneral yang merupakan wakil bagi khalifah bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai untuk membantunya dalam urusan.
Jabatan dan jawatan lain yang dibentuk pada zaman kerajaan Muawahidun antaranya ialah Rais al Dawlah, al Wuzara, al Kuttab, al Hijab, al Qudat, al Wulah al Jund, dan Nizam al Jibayah.
Tugasan jabatan dan jawatan ini merangkumi aspek politik, kewangan, ketenteraan, kebudayaan dan sebagainya, sekaligus memberikan gambaran tumpuan bukan sahaja aspek politik malah kepada pembangunan ekonomi, sosial dan budaya.
-
pendahuluan
Pertapakan Islam di Andalusia bermula pada tahun 711 Masihi apabila tentera pimpinan Tariq bin Ziad berjaya menamatkan pemerintahan Visigoth.
Bermula daripada peristiwa ini, terbentuk kerajaan Islam di Andalusia yang dapat dibahagikan kepada beberapa tahap sehinggalah berakhirnya kerajaan terakhir yang berpusat di Granada di bawah pemerintahan Bani Ahmar (Nasriyyah).
Sepanjang abad ke-13 Masihi telah memperlihat akan kewujudan dua buah kerajaan kecil, iaitu kerajaan Muwahidun dan Nasriyyah yang mempunyai sistem pemerintahan tersendiri.