Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
S21 perlantikan Aurangzeb sebagai pemerintah Moghul telah mengubah…
S21 perlantikan Aurangzeb sebagai pemerintah Moghul telah mengubah pemerintahan dan mengembalikan maruah agama dan umat Islam di India pada abad ke-16. Bincangkan
pengenalan
- merupakan pemerintah yang menaiki takhta selepas menyingkirkan ayahandanya, Shah Jehan yang dianggap hanyut dengan kemewahan dunia pada tahun 1658 Masihi.
- Aurangzeb merupakan pemerintah yang dianggap bertanggungjawab mengembalikan maruah agama dan umat Islam berikutan tindakannya yang merombak dasar-dasar yg dilaksanakan oleh pemerintah-pemerintah sebelumnya.
-
2. Dasar agama Aurangzeb
- Aurangzeb telah bertindak menghapuskan dan mengharamkan sama sekali agama Din Illahi yg diasaskan oleh Akhbar.
- larangan pembinaan kuil-kuil baharu termasuk meruntuhkan kuil yg sedia ada, sebaliknya membina lebih banyak rumah ibadat bagi orang-orang Islam termasuklah institusi pendidikan.
- memastikan syiar Islam berkembang di India dengan menghantar golongan pendakwah menyebarkan agama Islam.
3. Dasar ekonomi
- Aurangzeb menghidupkan semula pembayaran jizyah, setelah dihapuskan oleh Akhbar 100 tahun lalu, sebagai simbol kekuasaan dan perlindungan orang Islam terhadap golongan bukan Islam dan mnghapuskan 80 jenis cukai yg diperkenalkan zaman Shah Jehan.
- Aurangzeb memastikan segala perbelanjaan negara dilakukan secara berhemah dan tidak mmbzir.
- tokoh ini juga menggalakkan aktiviti pertanian dan perdagangan dgn melaksanakan dasar buka pintu terhadap pedagang-pedagang asing termasuk pedagang-pedagang barat.
4. dasar ketenteraan
- tokoh ini berjaya melaksanakan dasar peluasan wilayah dan hasilnya berjaya menguasai 14 buah wilayah di utara India, 6 buah wilayah di Deccan, dan sebuah wilayah di Kabul.
- tokoh ini berjaya mengalahkan pemimpin-pemimpin fanatik Hindu dari suku kaum Mahratas, Jats dan Satnam dan pemimpin golongan Sikh yg cuba bangkit menentang pemerintahannya.
kesimpulan
- dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Aurangzeb telah berjaya meletakkan Islam di tempat tertinggi sekaligus menghapuskan dasar pemerintah sebelumnya yangjelas mengabaikan agama Islam kerana terlalu mengejar kemewahan dunia serta terlalu menjaga hati golongan bukan Islam demi kpntingan politik.