Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan struktur masyarakat Arab Jahiliah - Coggle Diagram
Huraikan struktur masyarakat Arab Jahiliah
pendahuluan
Sesuai dengan perkataan jahiliah yang bererti bodoh dan ketinggalan dalam pelbagai aspek, struktur masyarakat pada masa ini tidaklah begitu kompleks, kerana ianya terikat dengan kabilah masing-masing
Masyarakat Arab sebelum Islam dikenali sebagai masyarakat Jahiliah, dikatakan muncul selepas
pecahnya Empangan Maarib sehingga Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pada tahun 610 Masihi
Pembahagian masyarakat
Kedua-dua masyarakat Arab ini mempunyai kelainan yang ketara dari sudut kediaman dan corak hidup serta aktiviti harian atau ekonomi mereka.
Golongan Arab Badwi merupakan golongan yang tinggal di kawasan pedalaman dan menjalani kehidupan secara nomad atau berpindah randah.
Masyarakat Arab pada masa ini terbahagi kepada dua kelompok utama, iaitu Arab Badwi dan
Arab Hadhari.
Mereka akan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain apabila petempatan mereka tidak lagi ekonomik.
Pun begitu ada dalam kalangan kaum Quraisy ini menjalani kehidupan di luar bandar dikenali sebagai golongan al Zawahir yang pekerjaan mereka cenderung kepada bidang pertahanan atau benteng terakhir apabila Makkah diancam oleh musuh.
Berbanding dengan masyarakat Arab Hadhari pula, kehidupan mereka adalah menetap di sesuatu kawasan dengan menjadikan bandar sebagai tumpuan utama sesuai dengan aktiviti ekonomi mereka iaitu berdagang dan mengusahakan aktiviti pertanian secara besar-
besaran.
Kabilah Quraisy merupakan contoh terbaik kelompok Arab Hadhari, dengan menjadikan kota Makkah sebagai petempatan mereka, disebabkan kedudukannya yang strategik sebagai pusat perdagangan.
Kehidupan berkabilah
Pembentukannya bermula dari satu keluarga yang diikuti gabungan beberapa keluarga yang membentuk hayy, dan beberapa hayy akan membentuk bani, dan gabungan banilah yang akan membentuk kabilah.
Contoh, kabilah Quraisy terbentuk daripada bani-bani seperti Bani Hasyim, Bani Umaiyah, Bani Bakr, dan Bani Khuzaah.
Setiap ahli dalam kabilah mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain
Setiap kabilah akan diketuai oleh individu bergelar Syeikh Kabilah yang mempunyai kuasa mutlak terhadap ahli-ahli kabilah dan merupakan lambang perpaduan dalam kabilah masing-masing.
Meskipun terdapat dua kelompok utama, baik Arab Hadhari mahupun Arab Badwi, kehidupan masyarakat ini adalah berbentuk kabilah.
Setiap ahli kabilah akan dinasihati oleh sebuah badan
yang dikenali sebagai Majlis Kabilah.
Fahaman assabiyah
Pun begitu fahaman assabiyah sering mencetuskan keadaan huru-hara; tanpa mengira benar atau salah setiap individu dalam sesuatu kabilah akan mempertahankan kabilahnya.
Keadaan bertambah buruk apabila peperangan yang dilancarkan adalah semata-mata untuk menunjukkan kemegahan serta kekuatan kabilah tersebut serta menjadikan tawanan-tawanan perang sebagai
hamba abdi yang bebas diperlakukan.
Dari segi positifnya, fahaman assabiyah akan
menjamin kekuatan dan keutuhan kabilah tersebut serta kesetiaan yang tidak berbelah bagi anggota dalam sesuatu kabilah.
Kehidupan dalam kabilah masing-masing serta tanpa mencampuri urusan kabilah lain telah membawa kepada munculnya fahaman ini.
Nilai mulia dan nilai hina
Maka, tidak hairanlah, masyarakatArab Quraisymenentang keras pengenalan konsep persamaan taraf, kerana ianya dianggap menjatuhkan maruah golongan bangsawan yang terpaksa bergaul dengan golongan bawahan seperti fakir miskin dan hamba sahaya.
Kemuliaan seseorang dalam masyarakat pada masa ini ditentukan berdasarkan harta, kemahiran, dan ilmu yang dimiliki serta keturunan yang diwarisi. Individu yang kaya seperti pedagang, ahli-ahli sihir, pahlawan akan disanjung dan dipandang mulia oleh masyarakat sedangkan golongan miskin, hamba abdi dipandang hina oleh kelompok masyarakat Arab
zaman jahiliah.
Merupakan ukuran penting yang menentukan status sosial masyarakat Arab sebelum Islam.
kesimpulan
Struktur masyarakat Arab sebelum Islam jelas mencerminkan berlakunya perpecahan dan diskriminasi dalam masyarakat, namun senario tersebut mula berubah apabila Nabi Muhammad s.a.w. telah membawa nur (Islam) yang mengubah peradaban masyarakat Arab yang mementingkan keadilan dan persaudaraan, persamaan sekaligus merealisasikan konsep ummah.