Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan pembentukan institusi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad…
Bincangkan pembentukan institusi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad saw.
Pendahuluan
peristiwa kewafatan Nabi Muhammad saw merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan, apatah lagi Baginda saw tidak meninggalkan sebarang wasiat menyebabkan uamt Islam kini berada dalam dilema dalam menangani isu ini.
Kewafatan Nabi Muhammad saw sesungguhnya telah meninggalkan beberapa persoalan kepada umat Islam, antaranya benarkah Nabi Muhammad saw telah wafat? Di manakah perlu dimakamkan Baginda saw dan yang paling besar siapakah yang bakal menerajui kepimpinan negara Islam selepas ini?
Golongan Ansar berkumpul di Saqifah Bani Saidah
Ketika golongan Muhajirin sibuk menguruskan jenazah Rasulullah saw, golongan Ansar telah berkumpul di Saqifah Bani Saidah bgi membincangkan kekosongan isu kepimpinan negara Islam Madinah. Dalam hal ini, kaum khazraj berhasrat melantik pemimpin daripada kalangan mereka iaitu Saad bin Ubadah mengisi jawatan tersebut.
Golongan Ansar berhujah Saad merupakan individu terawal yg menerima Islam serta banyak mengorbankan kekayaannya bgi membantu golongan Muhajirin. Malah, Saad bin Ubadah prnah bersama Saad bin Muaz dipilih oleh Nabi Muhammad saw bgi menagani isu pengkhianatan golongan Yahudi Bani Quraizah.
Selain itu, Saad bin Ubadah juga merupakan individu yg sering diprtanggungjawabkn memegang jnji bgi pihak Ansar dlm prjuangan di medan perang serta prnah mengetuai tntera Islam ketika peristiwa Fath Makkah pd tahun 8 H.
Bantahan golongan Muhajirin
Meskipun golongan Ansar merasakan diri mereka berhak memimpin umat Islam memandangkn merekalah yg bertanggungjawab mnghulurkn bntuan pd saat Rasulullah saw dan umat Islam ditindas oleh orang-orang kafir Quraisy Makkah, bgi orang2 Muhajirin, tindakan golongan Ansar ini amat mengejutkn.
Hal ini disebbkan golongan Muhajirin juga mmpunyai pndangan srta calon yg trsendiri, umpamanya Umar al-Khattab, Abu Ubaidah al-Jarrah dan juga Abu Bakar as-Siddiq serta Ali bin Abu Talib. Golongan Muhajirin yg diketuai oleh Abu Bakar as-Siddiq brtindak mmbantah tindakan golongan Ansar trsebut.
Abu Bakar berhujah
Sayyidina Abu Bakar telah mengemukakan beberapa hujah yg pnting, antaranya ialah sewajarnya khalifah ialah dari kalangan kaum Quraisy kerana suku kaum ini sememangnya terkenal dgn bakat kepimpinan semulajadi umpamanya Abdul Mutalib, Abu Sufyah malahan Rasulullah saw sendiri.
Dalam keadaan yg kalut itu, ada di kalangan sahabat iaitu Hubbab al Mundhir mncadangkn agar dipiliih dua org khalifah, namun ditolak oleh Abu Bakar sebaliknya menyatakn golongan Muhajirin sebagai pemimpin (umara'), sementara golongn Ansar sebagai pembantu (wuzara').
Hujah yg pling pnting dikemukakan oleh Sayyidina Abu Bakar ialah kebimbangnnya berulang kmbali perbalahan atau perang saudara antara golongan Aus dan Khazraj seandainya salah seorng dri pemimpin kaum berkenaan dipilih, Oleh sbb itu, sahabat akrab Baginda saw mncadangkn agar Umar al-Khattabb atau Abu Ubaidah dilntik sebagai khalifah.
Cadangan Umar al-Khattab
sebelum mereka mmbuat apa2 keputusan tiba2, Umar al-khattab mengngkat Abu Bakar dn membaiahnya dgn alasan Abu Bakar merupakn sahabt paling rapat dgn Rasulullah saw dn prnh dilntik oleh Rasulullah saw mengetuai jemaah tatkala baginda uzur.
tindakan Umar ini diikuti oleh peserta2 lain di Saqifah Bani Saidah yg trdiri drpd Muhajirin dn Ansar trmasuk Saad bin Ubadah dn Ali bin Abi Talib.
Abu Bakar as-Siddiq dibaiah
sebaik sahaja Abu Bakar dibaiah khalifah, Abu Bakar telh menympaikn ucapan yg mncerminkn kredibilitinya.
Abu Bakar telah mengungkapkn prkataan yg cukup pnting dlm ucapannya iaitu dgn mngharapkn sokongan dn ketaatan umat Islam trhadap kepimpinannya selagi dia taat kpd Allah dn Rasul, serta bermohon agar ditegur sekiranya ada tindakannya yg mnderhakai Allah dan Rasul.
Kesimpulan
pengisytiharan dn penerimaan baiah drpd semua umat Islam menandakn bermulanya institusi khalifah dlm sistem pemerintahan kerajaan Islam slps kewafatan Nabi Muhammad saw.
ternyata tindakan umat Islam melntik Abu Bakar merupakan tindakan yg tepat memndngkn baginda bukan shj dpt menyelesaikn krisis kepimpinan yg dihadapi oleh umat Islam, bahkn ianya mmberikn pedoman kpd pemimpin seterusnya dalam pemerintahan.