Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan konsep khalifah dan peranannya dalam konteks pemerintahan pada…
Huraikan konsep khalifah dan peranannya dalam konteks pemerintahan pada zaman Khulafa al-Rasyidin
Pendahuluan
peristiwa kewafatan Nabi Muhammad saw merupakan sesuatu yang tidak pernah diduga oleh umat Islam, apatah lagi yang berada di bawah kepimpinan Baginda saw baharu sahaja mencapai kejayaan terbesar berikutan peristiwa pembukaan atau Fakh Makkah.
Namun begitu, kewafatan ini telah meninggalkan impak yang besar dari sudut politik, apabila umat Islam perlu menggunakan kematangan dalam tindakan khususnya berpolitik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Baginda saw.
Sehubungan dengan itu, timbullah konsep khalifah dalam pemerintahan bagi meneruskan kesinambungan atau legasi yang ditinggalkan oleh nabi Muhammad saw.
Konsep khalifah
perkataan khalifah dari sudut bahasa bermaksud pengganti, dalam konteks pemerintahan atau siasah pula ianya merujuk kepada pengganti kepada Nabi Muhammad saw bagi mengetuai negara dan memimpin umat Islam.
Semua mazhab dalam Islam kecuali serpihan mashab Khawarij dan Muktazilah mewajibkan pembentukan dan perlantikan ketua negara yang akan bertindak sebagai pengganti Nabi Muhammad saw.
Terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan membolehkan seseorang itu layak menjadi khalifah, iaitu beragama Islam, lelaki, baligh, sihat tubuh badan, dan akal (fizikal dan mental), adil, bijak bersiasah, berani dan berilmu pengetahuan.
Individu-individu yang memenuhi syarat di atas boleh dicalonkan sebagai khalifah, dan disyurakan sebelum dibaiah sebagai khalifah.
Peranan khalifah
Menjaga kesucian agama Islam
bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam daripada tercemar, umpamanya tindakan musuh atau mana-mana pihak yang mempersendakan ajaran Islam atau adanya gerakan-gerakan yang merosakkan kemurniaan agama Islam.
Abu Bakar as-Siddiq telah menunaikan tanggungjawab dengan bertindak memerangi golongan ar-Riddah, iaitu golongan nabi palsu, murtad, dan enggan membayar zakat setelah usaha-usaha berdiplomasi tidak mendapat sambutan.
11 pasukan tentera yang dibentuk oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah berjaya dalam kempen ini, sehingga terbunuhnya nabi-nabi palsu dan berjaya menarik kembali mereka yang pernah murtad dan enggan membayar zakat ke pangkal jalan.
Menjaga keselamatan negara Islam
Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Umar al-Khattab, tentera Islam telah mengggempur Rom dan Parsi yang kerap mengancam keselamatan negara Islam Madinah.
Hasil daripada ekspedisi-ekspedisi yang digerakkan bukan sahaja ancaman-ancaman tersebut dihapuskan, bahkan empayar islam kian meluas dengan penguasaan wilayah-wilayah seperti Syam, ,esir, Palestine, Iraq, Mesopotamia dan lain-lain.
Zaman Khalifah Uthman bin Affan, wilayah kekuasaan kian meluas ke Asia Tengah, umpamanya menguasai Adzerbaijan dan Armenia yang sebelum ini berada di bawah kekuasaan Rom Timur. Kejayaan tentera Islam melebarkan pengaruh ini disebabkan pembentukan angkatan tentera laut bagi menjaga kawasan perairan, dan ini dibuktikan dengan penguasaan wilayah di utara Afrika dan Kepulauan Cyprus, Rhodes, dan Tibristan.
Menghidupkan konsep musyawarrah
Menyedari syura merupakan jalan terbaik dalam menyelesaikan sebarang permasalahan di samping pentingnya mendapat sokongan atau kesepakatan dalam membuat keputusan , Khalifah Umar al-Khattab telah bertindak menginstitusikan amalan syura dengan melantik ahli-ahli syura.
Khalifah Umar al-Khattab juga sentiasa membuka ruang dan peluang kepada rakyat untuk mengemukakan apa-apa aduan, pandangan serta kritikan demi kepentingan bersama terutamanya berhubung dasar-dasar yang dilaksanakan, malah sehingga beliau mengungkapkan istilah yang masyhur, 'Tiada Khalifah Tanpa Musyawarrah'
Kesimpulan
Pembentukan institusi khalifah sebenarnya adalah merupakan usaha untuk meneruskan dasar-dasar yang telah digariskan oleh Nabi Muhammad saw dan sebarang pembaharuan yang dilaksanakan bukanlah sesuatu kesalahan sebaliknya dibenarkan oleh syarak selagi ianya tidak memberikan bebanan kepada rakyat.
Oleh sebab itu, salah satu keistimewaan khalifah ialah individu ini boleh berijtihad dalam sesuatu perkara yang dirasakan akan memberikan manfaat kepada semua pihak.