Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KOMPONEN KEMAHIRAN MENGAJAR - Coggle Diagram
KOMPONEN KEMAHIRAN MENGAJAR
KEMAHIRAN SET INDUKSI
KONSEP
Permulaan sesuatu proses PdP bertujuan membina aliran pemikiran serta menarik minat mereka supaya lebih fokus kepada PdP yang hendak disampaikan
TUJUAN
Memulakan setiap proses PdP yang
baharu.
Memperkenalkan sesuatu konsep
kepada pelajar.
Mewujudkan hubungan awal yang
baik dan mesra.
Memulakan sesi komunikasi dan
menggalakkan pelajar berinteraksi.
Mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas dengan pembelajaran baharu
KOMPONEN DALAM SET INDUKSI
Bermakna
Berkaitan
Pengetahuan sedia ada
IMPLIKASI
Meningkatkan motivasi pelajar
membolehkan guru menjalankan aktiviti PdP dengan lancar
Pelajar akan berusaha menjalankan tugas atau aktiviti yang diberikan guru
Menimbulkan suasana pembelajaran yang seronok
Menimbulkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar
Pelajar menunjukkan tahap kesediaan untuk ikuti pelajaran guru seterusnya.
KEMAHIRAN PENUTUP
ELEMEN
Dilaksanakan diakhir pelajaran.
Mengukuhkan konsep dan kemahiran.
Aktiviti susulan.
Nilai pencapaian objektif.
Menerapkan nilai-nilai murni
OBJEKTIF
Menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya mereka mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.
Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumus fakta-fakta penting.
Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan di kalangan pelajar dengan menggunakan teknik peneguhan.
Menggunakan aktiviti penilaian pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki pelajarannya pada masa depan.
Dengan adanya bahagian penutup ini, aktiviti-aktiviti susulan dapat diadakan supaya pelajar diberi peluang mengaplikasikan kemahiran dan pelajaran yang baru dipelajari.
KONSEP
Kemahiran penutup adalah merangkumi aktiviti membuat rumusan atau kesimpulan bertujuan mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah diperkenalkan oleh guru supaya wujud perasaan pencapaian dalam kalangan pelajar.
PRINSIP
1- Sesuai
Rancang dengan teliti.
Bentuk penutup.
Tempoh masa.
Mengukur hasil
KESAN
Melalui aktiviti susulan, pelajar dapat mengukuhkan kemahiran atau konsep yang baru dikuasai.
Dengan menggunakan kesimpulan kognitif, pelajar dapat membuat rumusan terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari.
Dengan menggunakan kesimpulan sosial, seperti memberi pelajar suatu perasaan pencapaian, mereka telah dimotivasikan supaya terus berusaha dan mencuba.
Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsir pencapaian pelajaran yang ditentukan.
KEMAHIRAN PENYOALAN
TEKNIK MENYOAL
Guna bahasa yang sesuai mengikut tahap pencapaian pelajar.
Soalan harus ringkas, tepat dan jelas.
Tanya soalan dahulu sebelum memanggil nama pelajar.
Pastikan soalan dikemukakan setelah semua pelajar bersedia.
Beri masa kepada pelajar untuk memberi respon.
Beri peluang yang sama kepada pelajar untuk menjawab
Agihkan soalan secara rawak kepada semua pelajar.
Terima semua jawapan pelajar dan jawapan yang samar dijelaskan
Elakkan guna soalan yang memerangkap pelajar.
Elakkan meminta respon secara kumpulan dan serentak.
JENIS SOALAN
Taksonomi Bloom
Aras rendah/ Aras tinggi
Divergen/ Konvergen
Tertutup/ Terbuka
OBJEKTIF
Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar.
Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar.
Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri- penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah kompleks.
Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pengajaran.
Menjalin hubungan baik antara guru dan pelajar melalui aktiviti soal jawab.
Membantu pelajar untuk lebih fokus memahami pelajaran.
Melibatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan terancang.
KESAN
Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran mereka.
Minat pelajar terhadap pelajaran akan bertambah.
Daya pemikiran pelajar dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi.
Pelajar dapat mengikuti pelajaran dengan lebih brmakna dan mudah difahami.
Membolehkan guru merancang aktiviti penggayaan, pemulihan atau aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.
Perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan baik.
Meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.
Membantu pelajar mengukuhkan konsep-konsep yang baru dipelajari
KONSEP
Penggunaan kemahiran penyoalan secara sistematik adalah penting untuk penyiasatan interaktif dalam mana-mana mata pelajaran
KEMAHIRAN PENERANGAN
OBJEKTIF
Menyampaikan maklumat atau isi menjelaskan isi pelajaran dengan jelas.
Memudahkan pelajar memahami konsep dan isi pelajaran.
Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah-langkah menjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah matematik.
Menjelaskan sebab-sebab mengapa aktiviti itu perlu dijalankan.
PRINSIP
Membuat perancangan penerangan yang sesuai
Penyediaan contoh, ilustrasi dan bahan bantu.
Jangka masa menerang yang sesuai.
Penyusunan idea.
Penggunaan bahasa yang sesuai.
Daripada senang kepada mudah, daripada yang diketahui kepada yang belum diketahui.
Respon pelajar
CONTOH
Guru menerangkan sifat kata dengan menggunakan beberapa contoh ayat yang mengandungi sifat kata.
Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis bentuk- bentuk geometri.
Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk buku teks.
Guru menerangkan riwayat hidup dengan menggunakan gambar-gambar.
= Dalam peringkat ini guru boleh menggunakan slaid atau kapur tulis untuk menulis isi penting supaya pelajar boleh memahami dan merekodkan dalam buku nota mereka.
KOMPONEN
Komponen aras permulaan
Komponen kemahiran ilustrasi
Komponen pemeringkatan atau penyusunan idea
Komponen penutup
KONSEP
Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar
KESAN
Pelajar dapat memahami konsep dan isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat dan tepat.
Dapat memahami sesuatu proses dan prosedur secara teratur.
Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran jika penerangan menarik.
Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan.
Dapat meransang pelbagai deria pelajar.
KEMAHIRAN PAPAN TULIS
KONSEP
Papan tulis digunakan semasa proses PdP bagi memudahkan guru menerangkan kepada pelajar supaya pelajar lebih mudah memahami dan mengingati konsep dalam isi kandungan sesuatu mata pelajaran
OBJEKTIF
Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.
Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara – perkara yang penting.
Untuk mendemonstrasikan langkah – langkah penyelesaian masalah secara sistematik
Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru selain penggunaan komputer.
Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran pelajar.
Untuk memberi peluang kepada pelajar menulis fakta daripada papan tulis
Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting
CIRI-CIRI
A. kejelasan
B. Cara penulisan
C. Susunan
D. Penekanan
E. Kedudukan papan tulis
F. Teknik memadam
G. Teknik persembahan
KESAN
Pelajar dapat memahami lebih jelas dan tepat.
Pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti
P&P terutama bagi pelajaran yang baru.
Pelajar dapat mengikuti perkembangan dengan
penuh minat.
Aktiviti pengajaran guru dapat dipelbagaikan.
Pelajar menaruh keyakinan terhadap
pengajaran guru.
Aktiviti pembelajaran jadi lebih menarik.
Konsep , fakta atau idea yang dihuraikan dapat
dikekalkan dalam ingatan.
KEMAHIRAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
PRINSIP PEMBINAAN BBM
Pelbagai
Kualiti BBM
Kecekapan guna BBM
Kesesuaian BBM
PRINSIP PENGGUNAAN BBM
Kesesuaian
Mencabar
Menepati
Menarik dan jelas
Praktikal
Mudah alih
KATEGORI BBM
Media elektronik
Bukan media elektronik
Bahan maujud
STRATEGI PENGGUNAAN BBM
Mencipta dan membuat sendiri.
Menghasilkan daya kreativiti dan nilai seni yang tinggi.
Menggunakan bahan tradisional, maujud, bahan terbuang atau digital tools.
Cekap mengguna dan menyesuaikan dengan kebolehan pelajar.
KONSEP
Bahan pelajaran (BBM) yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu bahan pengajaran dan pembelajaran
KEPENTINGAN
Memberi ransangan dan menarik minat pelajar
Membina pemikiran yang berterusan.
Menguatkan kefahaman
Menyedia pengalaman sebenar dan baharu dalam proses pembelajaran.
Meningkatkan kemahiran dan rangsangan aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar.
Mendorong pelajar untuk menyelesaikan masalah dan membuat rujukan.
Menjimatkan masa dan memudahkan PdP.
Menjadikan aktiviti PdP bersifat didik hibur dan menyeronokkan.
KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN
KONSEP
Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajaran.
Meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar,
menukar corak interaksi antara guru dan pelajar
OBJEKTIF
Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran.
Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran derian untuk memperoleh ilmu.
Memotivasikan dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.
Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Mewujudkan suasana pengajaran positif dan menyeronokkan.
KOMPONEN
1- Komponen perubahan pergerakan langkah guru
2- Komponen perubahan pergerakan anggota guru
3- Komponen perubahan nada suara guru
Komponen perubahan fokus deria pelajar
Komponen perubahan pola interaksi
Komponen perubahan bentuk penglibatan pelajar
KESAN
Aktiviti PdP akan menjadi lebih seronok & menarik.
Minat dan perhatian pelajar akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru
Perasaan ingin tahu pelajar dibangkitkan dan pelajar berusaha melibatkan diri secara aktif.
Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu.
Dapat mewujudkan suasana pembelajaran positif.
Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar memberi tumpuan sepunuh perhatian terhadap pengajaran guru.
PRINSIP
Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran.
Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian diantara satu sama lain.
Guru harus mengubah ransangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.
Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagai pengalihan saluran deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.
Setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti berbeza.
KEMAHIRAN PENGUKUHAN
OBJEKTIF
Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran
Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.
Menggalakkan pelajar yang terlibat dan pelajar-pelajar lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif.
Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif.
Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.
PRINSIP
Bentuk pengukuhan hendaklah diubah dari masa ke semasa
Peneguhan seharusnya diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif.
Peneguhan negatif seperti mengkritik dan menyindir pelajar harus dielakkan.
Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar.
Peneguhan haruslah diberi dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar dapat menerima pengukuhan itu.
BENTUK
Berkaitan
Pengetahuan sedia ada
Bersesuaian
KELEBIHAN
Memberi galakan kepada pelajar.
Mengukuhkan konsep dan isi pengajaran.
Membina tingkah laku positif
Membantu pelajar agar sentiasa berkeyakinan
KONSEP
Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Terdapat 2 peneguhan iaitu positif dan negatif
Guru memberi pujian sebagai pengukuhan tingkah laku tersebut.
KESAN
Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.
Pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat.
Pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang positif.
Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah dihargai oleh gurunya.
Perhubungan antara guru dan murid lebih erat dan mesra.
JENIS
Lisan positif
Gerak isyarat
Sentuhan