Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan pelaksanaan pentadbiran pusat kerajaan Turki Uthmaniyyah pada…
Bincangkan pelaksanaan pentadbiran pusat kerajaan Turki Uthmaniyyah pada abad ke-17 masihi.
Sultan atau Khalifah
Kerajaan Uthmaniyyah mengamalkan sistem monarki atau pemerintahan berbentuk dinasti, berlaku pemusatan kuasa di tangan Sultan atau khalifah, atau dengan kata lain wujudnya pemerintahan berkuasa mutlak ditambah dengan penerapan sistem pentadbiran kerajaan Byzantine.
Istanbul telah dijadikan pusat pentadbiran kerajaan ini. Sultan memegang kuasa tertinggi sama ada dalam bidang agama, politik, pentadbiran mahupun kewangan.
Jawatan Sultan ini secara warisan, kebiasaannya seseorang putera akan mengambil alih pemerintahan ayahandanya (melaksana sistem autokrasi).
Sultan akan mengetuai dan menguasai dua buah dewan iaitu Dewan Kebangsaan Turki yang bertanggungjawab menggubal undang-undang duniawi dan Dewan atau Lembaga Pengurusan Agama yang berkait rapat dengan tugas keagamaan.
Sultan juga berperanan sebagai ketua angkatan tentera termasuk mengetuai ekspedisi ketenteraan, umpamanya Sultan Sulaiman menakluk Belgrade dan Hungary serta Muhammad al Fateh yang mengetuai pengepungan dan pembukaan kota Constantinople.
Wazir Agung dan wazir
Merupakan menteri kanan kepada Sultan, dan boleh dikatakan semua menteri atau wazir dalam kerajaan ini dianugerahkan dengan gelaran Pasha.
Wazir Agung berperanan dan bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat Sultan. Dalam undang-undang bertulis atau Kanunname, bidang kuasa Wazir Agung dinyatakan amat luas; merangkumi segala hal ehwal pentadbiran. Malah, Wazir Agung memiliki cop mohor sebagai simbol wakil Sultan.
Wazir Agung dibantu pula oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey (ketua turus tentera Sultan), dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan, masing-masing seorang Agha (wakil tentera darat). Laksamana dan Nishanji bagi menguruskan monogram Sultan.
Beylerbey mempunyai kuasa yang amat luas merangkap pegawai tentera yang berpangkat paling tinggi sehinggakan Putera Mahkota terpaksa akur dengannya. Beylerbey yang paling tinggi ialah Beylerbey Anatolia diikuti Berlerbey Rumali.
pendahuluan
Sepanjang pemerintahan Sultan Sulaiman al Qanuni, jajahan takluknya meliputi kawasan seluas 644,000 km persegi.
Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Othman bin Ertoghrul; terdapat 38 orang khalifah dan antara tokoh-tokoh khalifah terkenal ialah Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II.
Kejayaan pemerintah Uthmaniyyah membentuk empayar yang luas berpunca daripada adanya sistem pentadbiran peringkat pusat yang mantap dan kukuh di samping kemampuan pemerintah mengawal wilayah-wilayah kekuasaan.
kesimpulan
Kewujudan pentadbiran pusat yang kuat pada zaman kerajaan Uthmaniyyah sememangnya antara faktor utama yang menyebabkan kerajaan ini bertahan sehingga pertengahan abad ke-20.
Tambahan pula, kerajaan ini memiliki pemerintah yang berwibawa yang ditunjangi oleh golongan tentera sehingga golongan minoriti di wilayah kekuasaan akur dengan segala dasar yang dilaksanakan.
mufti
Jawatan ini diperkenalkan oleh Sultan Salim I, dan menggunakan gelaran Syeikhul Islam.
Tugasan utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan berperang dengan musuh-musuh negara Islam.
Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.
golongan tentera
Tentera Fief merupakan tentera asas kerajaan Turki, dikurniakan tanah kerana sumbangannya, sehingga menjadi golongan paling berpengaruh.
Tanah yang diperoleh tidak boleh dipindahmilik, ianya akan diusahakan golongan petani. Keanggotaan terbuka kepada semua kaum di setiap wilayah kekuasaan kerajaan Uthmaniyyah.
Merupakan golongan yang amat penting dalam melancarkan urusan pentadbiran. Bey ialah batalion tentera yang dipertanggungjawabkan membawa panji atau bendera dalam peperangan dan berada di barisan paling hadapan.
Tentera elit Turki yang dikenali sebagai Jenasseries merupakan tentera yang lengkap bersenjata, berpakaian seragam dan dianggap sebagai tentera elit kerana kehebatannya dan bertindak melindungi bukan sahaja kerajaan malah pembesar-pembesar negara. Tentera ini terkenal dengan disiplin yang tinggi.