Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
bab 1 : Sejauh manakah msyrkt Arab sblum Nabi Muhammad saw dianggap msyrkt…
bab 1 : Sejauh manakah msyrkt Arab sblum Nabi Muhammad saw dianggap msyrkt tamadun
Pendahuluan
Jahiliah berasal daripada perkataan Arab, 'Jahala' yang bermaksud bodoh, bebal, dungu dan sebagainya.
Perkataan jahiliah ini cukup jelas menggambarkan situasi masyarakat Arab sebelum Nabi
Muhammad s.a.w. diutuskan.
Masyarakat Arab sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan dikenal sebagai masyarakat Arab Jahiliah.
Pun begitu, tidak dinafikan, pada tempoh masa ini, masyarakat Arab telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi dalam beberapa aspek khususnya dalam bidang politik, ekonomi, dan kesusasteraan
Politik
Qusay telah menubuhkan beberapa buah jabatan (majlis) bagi memastikan sistem pentadbiran berjalan dengan lancar terutama bagi menguruskan kota ini ketika musim haji.
Antara majlis yang dibentuk ialah: Majlis Siqayah,menguruskan bekalan air,Majlis Rifadah,menguruskan makanan,Majlis Khazanah,menguruskan harta benda kerajaan,Majlis Unnah,menyelenggarakan berkaitan ketenteraan dan peperangan
Begitu juga di bahagian tengah, terdapat sebuah kerajaan bebas, iaitu Makkah yang mempunyai sistem politik dan pentadbiran yang sistematik khususnya sewaktu di bawah kekuasaan kabilah Quraisy yang dipimpin oleh Qusay bin Kilab
Apa yang menarik kerajaan-kerajaan ini telah menerapkan sistem pemerintahan Parsi dan Rom Timur (Byzantine) berikutan dasar peluasan kuasa dua kuasa besar berkenaan.
Dalam bidang politik, masyarakat Arab pada masa ini telah membentuk kerajaan-kerajaan tersendiri sama ada di sebelah utara mahupun selatan di Semenanjung Tanah Arab
Akhlak
Mereka menjadikan berhala sebagai perantara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, begitu juga segala amalan ritual seperti pengorbanan dan bersumpah dilakukan berhampiran patung berhala
Agama-agama lain yang dicipta ialah penyembahan api yang dikenali sebagai Majusi dan penyembahan cakrawala seperti bulan, bintang dan matahari yang dipercayai banyak membantu dalam kehidupan mereka
Terdapat 4 buah patung berhala utama, al Latta, al Uzza, ala Manat dan Hubal.Malah, di
sekeliling Kaabah terdapat 360 buah patung berhala.
Penyembahan berhala yang diperbuat daripada pelbagai sumber dan mempunyai pelbagai bentuk saiz serta nama merupakan pegangan utama masyarakat masa ini.
Mereka menganut agama yang dikatakan bersifat sesat, yang berpunca daripada tindakannya yang mencipta agama berdasarkan akal semata-mata
Ekonomi
Situasi yang sibuk menyaksikan pembukaan pasar-pasar seperti Ukadz, Zul Majaz dan al
Majinah.
Kedudukan Makkah di tengah-tengah jalan perdagangan juga telah menyebabkan kota ini berkembang sebagai pusat perdagangan dan ianya bertambah pesat ketika musim haji.
Al-Quran sendiri mengiktiraf akan kehebatan kaum ini menjalankan aktiviti perdagangan pada dua musim perdagangan yang berbeza, dengan Syam menjadi destinasi pada musim panas dan Yaman pada musim dingin. Kehebatan mereka menjalankan perdagangan berskala antarabangsa dibuktikan
dengan jalinan hubungan dengan Parsi, Habsyah, Mesir, China, dan India.
Pembabitan kaum Quraisy dalam aktiviti perdagangan antarabangsa juga menggambarkan ketamadunan masyarakat Arab sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan
Kesusasteraan
Syair-syair yang terbaik akan digantung di dinding kaabah untuk tatapan khalayak.
Pada zaman ini, lahir ramai penyair dan penyajak serta pemidato seperti Amru al Qays,Zuhair,Labid,'Antarah dan Tarafah
Pada musim haji, bangsa Arab akan berkumpul di kota Makkah, dan pada masa yang sama telah dianjurkan pertandingan-pertandingan seperti syair dan pidato.
Syair dan sajak yang dinukilkan dikatakan mengandungi nilai sastera yang tinggi dan mengandungi
informasi tentang kehidupan masyarakat Arab.
Keupayaan menghasilkan syair dan pidato ini menunjukkan bahawa masyarakat Arab Islam mempunyai bakat semulajadi yang kreatif dan mampu meluahkannya dalam pelbagai bentuk
Malah, ini juga menunjukkan bangsa Arab memiliki bahasa yang mempunyai nilai keindahan sehingga mampu dilafaz atau diungkapkan dalam pelbagai bentuk termasuk dalam bentuk puisi
penutup
Tidak dinafikan, meskipun masyarakat Arab sebelum Islam telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, namun dari perspektif Islam, masyarakat Arab sebelum Nabi Muhammad s.a.w. masih lagi dianggap berada dalam kegelapan sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. membawa era atau nilai ketamadunan yang lebih menyeluruh mengandungi aspek dunia dan ukhrawi.