Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan dasar-dasar politik,sosial, dan ekonomi yang dilaksanakan oleh…
Bincangkan dasar-dasar politik,sosial, dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad bagi mentadbir negara Islam Madinah
Pendahuluan
Nabi Muhammad s.a.w. dilantik secara rasmi sebagai ketua negara Madinah apabila Perlembagaan bukan sahaja sebagai ketua negara bahkan bertindak sebagai ketua agama dan ketua urus angkatan Madinah yang digubal telah dikuatkuasakan. Dengan ini bermulalah peranan Baginda s.a.w. tentera sekaligus sebagai tempat tumpuan masyarakat bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.
Selari dengan tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi negara, Nabi Muhammad saw telah menggariskan beberapa dasar merangkumi dasar politik, sosial mahupun ekonomi demi kepentingan bersama
Dasar politik
Langkah pertama Baginda s.a.w. ialah dengan menguatkuasakan Perlembagaan Madinah sebagai sistem perundangan tertinggi negara. Setiap warga Madinah tanpa mengira agama. mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing termasuk mengawal perilaku, memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dan sentiasa bergandingan bagi mewujudkan suasana yang harmoni dalam negara.
Baginda s.a.w. juga melaksanakan sistem syura dalam pemerintahan, agar setiap warga Madinah dapat mengambil bahagian dalam pentadbiran sekaligus menghapuskan prasangka bahawa Baginda s.a.w. akan mendiskriminasikan golongan bukan Islam khususnya kaum Yahudi.
Nabi Muhammad s.a.w. juga membentuk struktur pentadbiran yang sistematik dengan menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran, dan membentuk jentera-jentera pentadbiran baik termasuk di peringkat wilayah agar berlakunya keselarasan dalam pentadbiran. Individu yang dilantik memegang jawatan penting merupakan individu yang benar-benar layak dan mampu memikul amanah
Dasar ketenteraan
Merupakan sebahagian daripada dasar politik, dasar ketenteraan di sini lebih berfokus kepada usaha untuk mempertahankan negara dan agama, bukannya bertujuan untuk memaksa golongan atau musuh-musuh menerima agama Islam.
Dalam konteks ini, Baginda s.a.w. memperkenalkan konsep jihad dalam perjuangan apabila berhadapan dengan musuh-musuh yang mengancam keselamatan negara, kesucian agama Islam dan maruah diri. Ekoran daripada itulah, timbulnya beberapa kali peperangan dengan kaum Quraisy seperti Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang Ahzab yang dilancarkan disebabkan isu-isu di atas.
Dasar sosial
Penghapusan semangat assabiyah merupakan dasar sosial yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Fahaman melampau inilah yang kerap membawa peperangan sekaligus mengundang perpecahan dalam kalangan masyarakat. Bagi merealisasikan matlamat ini dalam kalangan umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. telah memperkenalkan konsep persaudaraan yang berasaskan akidah dan menerapkan iman dalam kalangan mereka. Kejayaan terbesar ialah kejayaan mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin, selepas menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang hidup saling bertelingkah sebelum ini.
Bagi memastikan umat Islam khususnya dan masyarakat Madinah menjadi role model kepada mana-mana masyarakat, Baginda s.a.w. telah menyaran dan menjadikan tunjang nilai-nilai akhlak Islam iaitu amar makruf nahi mungkar sebagai asas dalam pergaulan masyarakat bagi memupuk kerjasama dan mewujudkan suasana muhibah antara kaum.
Baginda s.a.w. juga bertindak meninggikan martabat kaum wanita yang sebelum ini hanya alat pemuas hawa nafsu kaum lelaki, malah yang memburukkan keadaan, demi menjaga maruah keluarga timbul amalan membunuh bayi perempuan yang dipusakai daripada nenek moyang mereka. Baginda s.a.w. telah memberikan hak yang sewajarnya kepada kaum wanita seperti hak mendapat pendidikan, hak berpolitik atau bersuara dan hak berekonomi.
Dasar ekonimi
Selain itu, bagi memastikan jurang sosial dalam kalangan umat Islam dikurangkan, Baginda s.a.w. menggalakkan amalan bersedekah selain kewajipan berzakat kepada mana-mana individu bagi membantu golongan asnaf.
Eksploitasi Yahudi dalam kegiatan ekonomi termasuk tindakan mereka yang merampas tanah tanah bangsa lain kerana gagal melangsaikan hutang juga telah berjaya dikekang dengan pelaksanaan sistem ekonomi yang adil ini.
Sebagai perancang ekonomi, Nabi Muhammad s.a.w. telah memperkenalkan sistem ekonomi yang mempunyai pelbagai ciri yang positif bagi menggantikan ekonomi Jahiliah. Sebarang bentuk penindasan seperti penipuan, aktiviti yang memudaratkan diri dan masyarakat, serta riba diharamkan sama sekali.
Malah, bagi menyuntik dana negara, Baginda s.a.w. telah memperkenalkan cukai jizyah yang juga dikenakan sebagai simbol naungan kerajaan Islam terhadap orang-orang bukan Islam.
Kesimpulan
Pelaksanaan kepelbagaian dasar-dasar yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. jelas merupakan usaha Nabi Muhammad s.a.w. membentuk sebuah negara yang utuh dari sudut politik, ekonomi dan mewujudkan masyarakat yang sejahtera serta bukannya agenda Baginda s.a.w. untuk mempopularkan diri sebagai pemimpin tersohor.