Personaliti introvert- Seseorang yang mempunyai personaliti ini mempunyai minat dan keupayaan yang tinggi menerokai dunia dalaman seperti pemikiran, perasaan dan pengalaman seseorang. Ia sentiasa suka berseorangan, merenung, memfokus terhadap dirinya, sukakan aktiviti solo, tekun, tegas, malu dan mempunyai pandangan hidup yang pesimistik . Golongan ini sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata, tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan untuk mendengar pertuturan orang lain.