KAEDAH PDPR

PdPR menggunakan modul

  1. PdPR menggunakan modul perlu dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran.
  1. Modul yang dibangunkan perlu mempunyai perkara berikut :

a. Sasaran Murid

b. Tajuk @ Tema Modul

c. Objektif Pembelajaran berdasarkan DSKP

d. Tempoh Pelaksanaan Aktiviti

e. Nota berkaitan tajuk modul

f. Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid

g. Modul ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang ditetapkan.

  1. Modul perlu diterima oleh guru untuk disemak dan ditaksir sebelum edaran modul seterusnya dilakukan.

PdPR berasaskan projek

  1. Dilaksanakan mengikut matapelajaran atau gabungan beberapa matapelajaran
  1. Pelaksanaannya seperti berikut

a. Beri tajuk

b. Bimbing pelajar kenalpasti kaedah yang sesuai menyiapkan projek

c. Bimbing murid kenalpasti bahan,peralatan dan kos yang perlu digunakan

d. Menetapkan jangka masa untuk menyiapkan projek

e. Membimbing murid untuk menyelesaikan projek

f. Membentang hasil projek

g. Membuat refleksi