Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan Pembesar Di China Pada Abad Ke 16-20 Masihi. - Coggle Diagram
Peranan Pembesar Di China Pada Abad Ke 16-20 Masihi.
Ekonomi
Pembesar-pembesar memainkan peranan dalam bidang ekonomi.
Memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan percukaian.
Dilantik menganggotai Lembaga Hasil Dalam Negara.
Menyerahkan sebahagian daripada hasil cukai kepada maharaja.
Pesuruhjaya dilantik untuk meguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi.
Pesuruhjaya juga menguruskan garam, cukai dan bijirin.
Majistrit daerah ditugaskan mengutip cukai di peringkat daerah.
Antara tugas lembaga ini ialah;
Mengutip cukai daripada penduduk tempatan.
Menguruskan pendaftaran tanah.
Politik
Pentadbiran
Pembesar membantu maharaja menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah.
Mencadangkan pelantikan dan pemecatan pegawai-pegawai kerajaan kepada maharaja.
Menguruskan kenaikan pangkat kakitangan awam.
Memegang jawatan penting di peringkat pusat dan wilayah.
Memegang jawatan dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti;
Jabatan awam
Jabatan hukuman
Jabatan perkhidmatan
Jabatan hasil dan cukai
Jabatan upacara dan adat istiadat
Pembesar juga dilantik oleh maharaja sebagai Gabenor dan Majistret.
Gabenor megetuai pentadbiran di peringkat provinsi.
Beliau dibantu oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya kewangan, kehakiman dan pendidikan.
Pentadbiran di peringkat daerah diterajui oleh majistret daerah.
Mereka diberi kuasa autonomi dalam menjalankan pentadbiran di wilayah.
Ketenteraan
Pembesar-pembesar memainkan peranan dalam hal ehwal ketenteraan.
Pembesar pusat dilantik sebagai anggota Lembaga Peperangan.
Lembaga ini menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai tentera.
Pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera.
Dibenarkan menubuhkan pasukan tentera di peringkat wilayah.
Berperanan memulihkankan keamanan dan kestabilan politik di wilayah masing-masing.
Dikehendaki menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintah pusat.
Sosial
Pendidikan
Pembesar-pembesar di China terdiri daripada golongan cerdik pandai.
Memainkan peranan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran.
Membantu maharaja mengendalikan peperiksaan perkhidmatan awam.
Pembesar-pembesar di pusat diberi tanggungjawab untuk menguruskan Akedemi Hanlin.
Antara peranan akedemi Hanlin ialah menyelenggara kitab-kitab serta ensiklopedia.
mereka turut mengumpul maklumat mengenai pemerintah dan menerbitkan biografi pemerintah.