Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori dan implikasi kepada pdp - Coggle Diagram
Teori dan implikasi kepada pdp
Teori Pembelajaran Behavioris
Pastikan maklumbalas diberi dengan kerap, dengan secepat mungkin, dan berbentuk spesifik.
Pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Jika boleh, gunakan kedua-duanya dan bukan hanya menggunakan pengukuhan primer atau sekunder sahaja.
Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini.
Gunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang kurang bermotivasi untuk belajar dan sebagainya
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Guru memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan membekalkan mereka dengan maklumat yang penting.
Guru perlu sedar bahawa terdapat murid-murid yang mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. Oleh itu, guru boleh mengadakan satu perbincangan berasaskan apa yang telah mereka pelajari daripada eksperimen yang telah dilakukan.
Guru berperanan sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan dan selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka.
CONTOH
Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermainsambil belajar serta cenderung kepadapengetahuan asas tentang kemahiran3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikutperingkat perkembangan mereka dan bukannya mengajarmereka denganmenggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTISME
Guru hendaklah merancang dan melaksankan strategi pengajaran seperti soalan- soalan terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan dengan respon pelajar serta menggalakkan mereka menganalisis maklumat yang diperoleh.
Murid-murid akan dinilai dan mereka hendaklah berusaha dalam menentukan kemajuan masing-masing.
penekanan hendaklah diberikan kepada kaedah menyelesaikan masalah secara hands-on.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Guru menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Intensif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam kalangan murid-murid
Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif.