Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ketidakadilan sistem ekonomi dunia telah dirungkai dengan kedatangan islam…
- Ketidakadilan sistem ekonomi dunia telah dirungkai dengan kedatangan islam. Justeru itu jelaskan ciri-ciri sistem ekonomi islam yg lebih adil dan berlandaskan syariat islam.
-
Pendahuluan
- Selari dengan pembentukan negara Islam Nabi Muhammad s.a.w. telah merombak sistem ekonomi terdahulu sebaliknya digantikan dengan sistem ekonomi Islam yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.
- Ekonomi Islam merujuk kepada kegiatan ekonomi yang berdasarkan syariah dan berpaksikan tauhid dengan matlamat bagi mengimbangi jasmani dan rohani serta mendapat keredaan Allah.
- Kegiatan pertanian, penternakan, dan perdagangan merupakan contoh aktiviti ekonomi yang diusahakan oleh masyarakat islam, dan aktiviti-aktiviti tersebut sebenarnya telah dijalankan sebelum itu, cuma pelaksanaannya adalah berbeza.
Bersumberkan wahyu
- Segala aktiviti- aktiviti yang dijalankan,bermula daripada perolehan, penggunaan dan pengurusan, adalah bersumberkan wahyu,iaitu al Quran dan al Sunnah (Hadis).
- Sehubungan dengan itu,setiap aktiviti yang dijalankan mestilah berpandukan hukum- hakam yang ditetapkan bagi mengelak memberikan mudarat kepada diri dan masyarakat, serta yang paling penting ialah mendapat keredaan Allah swt.
- Oleh sebab sistem ekonomi ini bersumberkan wahyu, terdapat asas-asas yang dikaitkan dengannya sepetu konsep rububiyah, tazkiyah (pembersihan jiwa), manusia sebagai hamba dan khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi, persaudaraan dan pengorbanan
-
Campur tangan kerajaan
- Campur tangan kerajaan amat diperlukan dalam negara untuk memastikan ketidakadilan yang berlaku dalam kegiatan ekonomi dapat ditamatkan
- Sehubungan dengan itu, melalui sistem ekonomi yang bersumberkan wahyu syarak, semua kegiatan ekonomi yang meninggalkan kesan buruk kepada negara wajar dihapuskan.
- Contohnya, kerajaan islam di bawah kepimpinan Nabi Muhammad saw telah menggesa masyarakat memakmurkan muka bumi dengan aktiviti yang selari dengan syarak bersesuaian dengan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi dan bukan merosakkannya disebabkan sifat tamak haloba dan mengikut nafsu serakah.
- Selain itu, kerajaan juga terlibat secara langsung dalam aktiviti ekonomi dengan melaksanakan cukai yang tidak membebankan rakyat seperti cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan kafir zimmi. Kesan daripada cukai ini boleh menyediakan prasarana yang lebih baik dan menjadi lambang kekuatan kerajaan islam.
- Tegaslah, dengan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi dapat memastikan setiap rakyat mendapat keadilan yang saksama dan tidak ditindas.
Kesimpulan
- Apa yang pasti sistem ekonomi yang berasaskan wahyu ini jauh bezanya dengan sistem ekonomi berasaskan akal dan nafsu.
- kesimpulannya,sistem ekonomi Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w bertujuan untuk mewujudkan keadilan dalam masyarakat, sekaligus menghentikan kepincangan yang berlaku dalam pelaksanaan sistem ekonomi jahiliah yang sekadar memenuhi kepentingan pihak tertentu dan sebelah pihak lain akan tertindas.
-