Pada zaman nabi, hartanah kebanyakannya dimiliki oleh orang Yahudi. Menurut Muhammad bin Habib, hartanah pertama diperoleh daripada puak yahudi, iaitu Bani Fityun yang telah diusir keluar dari Madinah. Seterusnya, terdapat juga bani lain, iaitu Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bani Nadhir dan Bani Quraizah pula memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar.