Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEPERLUAN SUSU KEPADA BAYI DAN KANAK-KANAK - Coggle Diagram
KEPERLUAN SUSU KEPADA BAYI DAN KANAK-KANAK
Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi. Penyusuan susu ibu harus dimulakan dalam tempoh satu jam selepas kelahiran bayi.
Bayi yang menyusu secara eksklusif tidak perlu diberi sebarang jenis air termasuk air kosong.
Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan kecuali atas nasihat profesional perubatan. Semua bayi normal dan sihat yang berumur di bawah enam bulan harus diberi susu ibu sahaja melainkan atas sebab-sebab perubatan atas arahan profesional perubatan.
KELEBIHAN SUSU IBU
Melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana susu ibu kaya dengan antibodi untuk membantu bayi melawan bakteria menyebabkan penyakit.
Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi
Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam.
Senang (Convenient) – boleh dilakukan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Bersih (Sterile)
Bonding dengan ibu – menggalakkan perapatan dan hubungan yang erat dengan ibu.
Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah – kanser rahim & breast cancer.
Mempercepat proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut ibu
Teknik pemberian susu perahan dengan menggunakan cawan
Dudukkan bayi di atas riba. Posisikan bayi pada posisi tegak (upright) dengan tangan menyokong belakang leher bayi. Pastikan posisi selesa untuk bayi.
Letakkan cawan kecil pada bibir bayi dan condongkan supaya susu sampai ke bibir bayi. Biarkan bayi menjilat sendiri susu dengan lidahnya.
Pastikan bayi menelan susu perahan dan jangan sesekali tuang susu ke dalam mulut bayi.
Kekalkan posisi cawan walaupun bayi berhenti seketika.
Apabila bayi sudah kenyang, dia akan memusingkan kepalanya tanda dia sudah tidak mahu minum lagi. Maka, penjaga harus berhenti dan sendawakan bayi.
Kaedah Pemberian Susu Ibu Kepada Bayi
Cuci tangan dengan langkah yang betul.
Nyah sejuk beku susu ibu dalam kuantiti yang diperlukan di bawah aliran paip air.
Elakkan nyah sejuk beku susu ibu pada suhu biasa, atas dapur api atau ketuhar gelombang mikro untuk mengelakkan kerosakan pada susu ibu dan juga daripada susu ibu menjadi terlalu panas yang boleh mencederakan bayi
Buangkan susu ibu sekiranya terdapat bau asing.
Panaskan susu ibu dengan merendam botol susu dalam air suam.
Berikan susu kepada bayi sejurus dikeluarkan dari rendaman air suam.
Goncangkan botol susu sebelum diberi kepada bayi supaya ianya bercampur dengan sempurna
Buangkan susu ibu sekiranya tidak dihabiskan. Cuci botol susu dengan sabun pencuci dan air panas serta merta untuk mengelakkan pembiakan bakteria
1 more item...
Perkara yang perlu diambil kira semasa memberi susu perahan melalui cawan (cup feeding):
Hanya beri susu perahan apabila bayi sudah bangun dari tidur.
Jangan beri susu ketika bayi masih tidur.
Beri susu mengikut kehendak bayi. Jangan paksa.
Pastikan bayi disendawakan selepas penyusuan.
Bayi perlu mengambil masa untuk belajar. Kita perlu sabar.