Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEJAUH MANAKAH MASYARAKAT ARAB JAHILIAH DIANGGAP SEBAGAI MASYARAKAT YANG…
SEJAUH MANAKAH MASYARAKAT ARAB JAHILIAH DIANGGAP SEBAGAI MASYARAKAT YANG TIDAK BERTAMADUN
DEFINISI MASYARAKAT JAHILIAH
Mereka tidak bertamadun dan tidak berakhlak serta masyarakat yang buta huruf dan tidak mengEsakan Allah.
Dari segi bahasa, 'Jahiliah' berasal dari perkataan Arab iaitu Jahala yang bererti bodoh, dungu atau jahil
Zaman Jahiliah bermula ketika runtuhnya empangan Maarib dalam Kerajaan Sabak hingga tahun 610 Masihi .
Konsep masyarakat Jahiliah mengikut al-Quran ialah masyarakat yang tidak ada kitab suci dan nabi sebagai petunjuk .
1) AKIDAH KEPERCAYAAN YANG SESAT
Zaman Jahiliah diamggap zaman yang mengalami keruntuhan dari segi agama dan kesesatan dalam beragama yang begitu dasyat di Semenanjung Arab. Masyarakat Arab pada era zaman jahiliah dikatakan hilang pedoman dan dilanda kejahilan dalam beragama .
Tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung arab kerana hubungan masyarakatnya dengan dunia luar menerusi hubungan perdagangan. Orang Parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi, manakala orang Rom berusaha menyebarkan agama Nasrani .
Orang arab di bahagian tengah Semenanjung Arab berpegang teguh dengan agama nenek moyang mereka iaitu agama menyembah berhala (Agama Wathani)
2) ZAMAN YANG TIDAK MEMPUNYAI NABI DAN KITAB SUCI SEBAGAI PETUNJUK
Pada zaman Jahiliyah, masyarakatnya tidak mempunyai pemimpin agama yang boleh membimbing mereka mengenal agama yang benar dan hidup bersyariat yang baik. Tidak ada nabi dan rasul yang menyeru mereka ke arah agama yang benar dan menyampaikan ajaran Allah (swt).
Masyarakat arab jahiliyah juga tidak menggunakan kitab-kitab suci asal yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum mereka sebagai panduan dan rujukan daripada kesesatan. Malah mereka menjadi pengikut memesongkan isi kitab suci terdahulu untuk kepentingan puak-puak masing-masing.
Seperti kaum Yahudi yang mengubah isi kandungan kitab Taurat dan mengingkari ayat-ayat Allah (swt)
3) KEANGKUHAN DAN SOMBONG
Mereka mengamalkan semangat asabiyah.
mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan sering berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain.
Kehidupan yang secara berpuak-puak, menyebabkan mereka ini sering berperang sesama sendiri sama ada secara individu atau kelompok. Tujuannya adalah untuk mendapat kuasa, restu puak, perlindungan dan pengaruh daripada penjajah.
4)SISTEM PEMERINTAHAN
Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur dan mempunyai sistem pemerintahan yang kukuh. Keseluruhan Semenanjung Arab dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah.
Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya berbentuk negara naungan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi.
Orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri.
KESIMPULAN
Kedatangan Islam telah merubah tamadun Masyarakat Arab. Menjadi tamadun yang hebat