Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KANAK-KANAK BERMASALAH TINGKAHLAKU, A'INA MUNAWWARAH BINTI ISMAIL …
KANAK-KANAK BERMASALAH TINGKAHLAKU
Masalah Tingkahlaku dan Kemahiran Sosial
1. Tingkah Laku yang Kurang Disenangi atau Tidak Disenangi
Pada peringkat awal usia kanak-kanak, ibu bapa mengiyakan tingkah laku anak walaupun keterlaluan
Tingkah laku yang tidak baik itu akan memberi kesan sehingga besar
3. Gangguan Tingkah Laku
Biasanya menunjukkan tingkah laku berlawanan dengan yang seharusnya
Biasanya tidak dapat diterima masyarakat dan dianggap antisosial
Ciri-ciri :
:check: sering bercakap kosong
:check: ambil barang orang tanpa izin
:check: lari dari rumah
:check: sengaja merosakkan harta awam atau orang lain
:check: hisap rokok, minum minuman beralkohol dan salah guna dadah
:check: berjudi
:check: sering mulakan pergaduhan
:check: sengaja mulakan kebakaran
:check: pecah rumah dan mencuri
2. Tingkah Laku Suka Menentang
Sikap ini ditunjukkan untuk mendapat perhatian atau sesuatu yang diinginkan
Contoh tingkah laku :
:check: tidak dengar kata
:check: berfikiran / bersikap negatif
:check: bertengkar dan bertikam lidah
:check: degil
Punca dan faktor masalah tingkah laku
Persekitaran
Tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya; faktor persekitaran sekolah seperti kuikulum yang terlalu padat, bilik darjah yang kurang kondusif dan faktor rakan sebaya; faktor taraf sosioekonomi keluarga dan faktor pemakanan.
Emosi
Individu terbabit tidak akan dapat memberikan tumpuan yang agak lama terhadap proses pembelajaran apabila emosinya terganggu. Tingkah laku individu tersebut juga lazimnya sukar dikawal dan pada kebiasaannya akan bertindak mengikut emosi tanpa berfikir panjang.
Didikan ibu bapa
Kekurangan perhatian serta kasih sayang oleh ibu bapa boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu berasa tersisih, tidak dihagai dan tidak selesa dan perasaan ini akan menyebabkan timbulnya pelbagai karenah dan tingkah laku yang sukar dikawal.
Kemahiran Sosial
Merujuk kepada aspek pergaulan kanak-kanak. Mereka lebih gemar menyendiri dan pasif untuk bersosial. Mereka juga lebih suka bertindak mengikut emosi mereka, kurang berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.
Penderaan
Kanak-kanak yang sering menjadi mangsa dera oleh ibu bapa, ahli keluarga, penjaga, ataupun rakan sebaya akan menyebabkan mereka mengalami masalah emosi dari segi fizikal dan mental mereka. Hal ini akan menyebabkan mereka mempunyai satu perasaan untuk membalas dendam atau melakukan tingkah laku penderaan yang pernah dialami oleh mereka pada orang lain pula.
Penderaan emosi juga boleh berlaku dengan cara, ibu bapa atau penjaganya mengejek kanak-kanak dengan kata-kata yang kurang sopan atau kata-kata penghinaan atau sering memandang rendah terhadap mereka.
Cadangan bagi guru untuk membantu kanak-kanak bermasalah tingkah laku
Latihan dan tugasan yang bersesuaian
Guru perlu menyediakan latihan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid.
Murid akan lebih berkeyakinan apabila mereka dapat menyiapkan tugasan dengan baik dan dengan cara ini dapat mengatasi masalah tingkah laku mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran yang menyeronokkan
Guru perlulah menyediakan rancangan pengajaran yang melibatkan pembelajaran yang menyeronokkan.
Pembelajaran yang menyeronokkan akan menjadikan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah lebih meriah dan seterusnya dapat menarik minat serta tumpuan mereka untuk mengikuti proses pembelajaran dengan berkesan.
Ekonomi Token
Guru menyediakan satu carta nama murid-murid dan akan menulis nama murid-murid tersebut pada papan atau kad dalam kelas dan meletakkan token.
Murid yang melakukan tingkah laku positif akan diberikan bintang dan akan mendapat hadiah.
Manakala murid yang melakukan tingkah laku negatif akan mereka akan diberikan amaran dan akan menolak bilangan bintang daripada nama mereka.
Peneguhan dan Penghapusan
Guru hendaklah membiasakan diri memberikan peneguhan seperti kata-kata pujan, kata-kata perangsang, bintang atau hadiah bagi memperkukuh pencapaian ataupun tingkah laku yang diingini.
Manakala bagi tingkah laku yang tidak diingini pula, ia boleh dihapuskan atau dikurangkan melalui proses penghapusan. Sebagai contoh, murid yang suka memberikan jawapan tanpa mengangkat tangan tidak harus dilayan. Tindakan ini perlu dilakukan berulang kali sehingga amalan itu akan terhenti dengan sendirinya.
Menangani Masalah Tingkah Laku di dalam Bilik Darjah Melalui Teknik Pengurusan
1. Menjelaskan Peraturan
pastikan tidak banyak peraturan di dalam bilik darjah
peraturan jelas dan mudah difahami serta dipatuhi
boleh gunakan strategi : berbincang dengan murid
menerangkan secara rasional mengenai peraturan
2. Peneguhan Positif
berikan pujian dan pujian : tingkah laku positif
ganjaran : buku cerita
elakkan guna insentif dan ganjaran mahal, gunakan yang kecil dan mudah
3. Persediaan Guru
sentiasa berikan arahan yang mudah, ringkas dan jelas
amalkan memberi salam dan senyuman
sentiasa bergerak semas PdP
4. Kedudukan Murid
letakkan murid bermasalah tingkah laku di bahagian hadapan
guru sentiasa berikan perhatian kepada mereka
5. Hubungan
wujudkan hubungan rapat agar mereka selesa
A'INA MUNAWWARAH BINTI ISMAIL
ZAMILATULWAFA BINTI ROSLAN
https://www.researchgate.net/profile/Zainudin-Isa/publication/291997651_Kanak-kanak_Bermasalah_Tingkahlaku/links/56a8946908ae0fd8b3ffbe34/Kanak-kanak-Bermasalah-Tingkahlaku.pdf