Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
(TERAPI BERMAIN) ISLAM VS KONTEMPORARI - Coggle Diagram
(TERAPI BERMAIN)
ISLAM
VS KONTEMPORARI
(Modaliti Terapi Pergerakan) KONTEMPORARI
● memberi tumpuan kepada tingkah laku pergerakan
● membolehkan kanak-kanak mengembangkan imej diri yang positif dan realistik.
● Modaliti ini berkesan untuk merangsang interaksi sosial, meningkatkan mood, mengurangkan keresahan dan kebimbangan serta meningkatkan kesedaran kendiri serta ekspresi kendiri (Nan, 2017).
● pergerakan juga membantu mengekalkan perhatian dan fokus selain berfungsi sebagai pemangkin untuk hubungan dan membuka jalan bagi komunikasi (Levine et al., 2015)
(Modaliti Terapi Pergerakan) ISLAM
● Agama Islam menuntut dan menggalakkan umatnya melakukan aktiviti fizikal kerana aktiviti ini dapat menyumbang kepada kesihatan dan juga kecergasan individu (Nor Saleha & Noor Hafizah, 2016).
● Pepatah Arab ada mengatakan ‘akal yang sihat hadir daripada badan yang sihat’.
● aktiviti pergerakan yang sering berkait rapat dengan umat Islam adalah solat.
● melalui aktiviti solat pula menyediakan bentuk fizikal melalui pergerakan anggota tubuh badan semasa menunaikan solat.
● Solat menyediakan unsur terapi yang memberi peluang untuk hamba merendah diri, menyatakan hajat serta meluahkan dan memohon segala hajat.
ISLAM
● Nabi Muhammad juga menunjukkan contoh yang terbaik dalam berhadapan dengan kanak-kanak iaitu meraikan kanak-kanak yang suka bermain.
● Agama Islam menggalakkan kanak-kanak untuk bermain kerana bermain adalah keperluan bagi mereka.
● Beliau sering bermain dan bergurau senda dengan cucunya. Disebut dalam satu riwayat Rasulullah SAW sering menggendong Hasan dan Husin dan bermain kuda-kuda.
● Bermain bukan sahaja membantu perkembangan kanak-kanak malah merupakan keperluan bagi memenuhi fitrah kanak-kanak yang diciptakan keinginan dengan suka bermain.
● Agama Islam telah memberi panduan berkaitan mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu berdasarkan kepada peringkat perkembangan:
○ 0-6 tahun - Rasulullah SAW menyuruh untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak-anak dengan penuh kasih sayang.
○ 7-14 tahun - ibu bapa perlu menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak & masa terbaik bagi orang tua dalam membentuk akhlak dan kepribadian anak-anak mengikut acuan Islam
○ 15-21 tahun - ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak-anak
○ 21 tahun ke atas - ibu bapa perlu memberi kebebasan di samping memantau, menasihati serta diiringi dengan doa agar anak-anak sentiasa berada di jalan yang benar
KONSEP TERAPI BERMAIN
Penggunaan secara sistematik model teoritikal untuk membentuk proses interpersonal
menggunakan kuasa terapeutik bermain untuk menolong klien mencegah dan menyelesaikan masalah psikososial dan mencapai pertumbuhan yang optimum
PERINGKAT BERMAIN MENGIKUT KONTEMPERARI
Peringkat kanak - kanak (2-7 tahun) Kanak - kanak pada peringkat ini suda mula menggambarkan dan merancang pergerakan / aktiviti dengan menggunakan minda mereka. Mereka sudah boleh berimaginasi selaras dengan perkembangan kognitif dan bahasa mereka.
Peringkat akhir kanak - kanak (7 - 11 tahun). Kanak - kanak akan mula bermain dengan permainan yang melibatkan peraturan seperti bola sepak. Permainan tersebut selalunya memerlukan latihan, kemampuan mengawal emosi dan perasaan, kemahiran mengatur strategi, merancang dan berfikir seperti logik.
Peringkat bayi (0-2 tahun) Peringkat sensorimeter. Bayi menggunakan deria untuk bermain dan mempelajari persekitarannya. Kanak - kanak pada peringkat ini akan menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap dan berminat dengan objek yang ada pada persekitarannya.