Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBANDINGAN ANTARA TERAPI BERMAIN MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN SECARA…
PERBANDINGAN ANTARA TERAPI BERMAIN MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN SECARA KONTEMPORARI
KONSEP
PENDEKATAN TERAPI BERMAIN
APLIKASI TEKNIK TERAPI BERMAIN
Secara Kontemporari
Modaliti muzik terdiri daripada aktiviti yang menggunakan alatan muzik atau pun vokal. Modaliti ini berkesan dalam mengurangkan kesakitan dan kebimbangan, menguruskan tekanan, komunikasi serta pengluahan emosi. Menurut pendekatan barat, kebiasaannya modaliti terapi muzik disepadukan dengan teknik systemic desensitization.
Modaliti terapi boneka adalah rawatan menggunakan boneka untuk mengajar kanak-kanak berkaitan dengan tingkah laku. Salah satu pendekatan terapi bermain adalah pendekatan Terapi Bermain Kognitif Tingkah laku (TBKT). Pembelajaran melalui modeling juga adalah berkesan dan efektif bagi kanak-kanak dan remaja bagi memperoleh tingkah laku dan kemahiran baru.
Modaliti terapi pergerakan memberi tumpuan kepada tingkah laku pergerakan kerana ia muncul dalam hubungan terapeutik yang membolehkan kanak-kanak mengembangkan imej diri yang positif dan realistik. Modaliti ini adalah berkesan untuk merangsang interaksi sosial, meningkatkan mood, mengurangkan keresahan dan kebimbangan serta meningkatkan kesedaran kendiri serta ekspresi kendiri.
Pandangan Islam
Muzik mempunyai perkaitan dengan system pendengaran neural iaitu merupakan salah satu sistem saraf deria utama yang disebut beberapa kali dalam Al-Quran mendahului sistem-sistem lain. Secara saintifiknya, melalui bacaan Al-Quran serta elemen keagamaan meningkatkan gelombang alfa EEG yang dikaitkan dengan ketenangan bagi individu normal, boleh menenangkan dan memberi kerehatan jiwa walaupun individu tersebut tidak mampu membaca atau memahami Al-Quran.
Islam yang menekankan kepada kepentingan role model dalam menyediakan pembelajaran sosial, emosi serta tingkah laku. Role model yang paling agung adalah Rasulullah SAW di mana baginda menyerlahkan keperibadian mulia yang boleh dijadikan contoh tauladan. Di samping itu, modaliti terapi boneka juga sering kali diaplikasikan dengan Teknik story telling. Dalam kontek Islam, terdapat banyak kisah-kisah sahabat atau hadis-hadis yang boleh dijadikan bahan aktiviti dalam story telling menggunakan boneka bersama kanak-kanak.
Agama Islam menuntut dan menggalakkan umatnya melakukan aktiviti fizikal kerana aktiviti ini dapat menyumbang kepada kesihatan dan juga kecergasan individu Selain itu, aktiviti pergerakan yang sering berkait rapat dengan umat Islam adalah solat. Solat menyediakan unsur terapi yang memberi peluang untuk hamba merendah diri, menyatakan hajat serta meluahkan dan memohon segala hajat. Melalui aktiviti solat pula menyediakan bentuk fizikal melalui pergerakan anggota tubuh badan semasa menunaikan solat.
CIRI - CIRI TERAPI BERMAIN
Aktiviti yang bermotivasikan intrinsik dan dilaksanakan semata -mata untuk kepuasan
dipilih secara rawak mengikut kehendak peserta dan tidak dipaksa
membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan
mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan bermain
aktiviti fizikal atau psikologi atau kedua-duanya dan hendaklah disertai oleh peserta secara aktif.
Pandangan Islam
Islam telah memberi panduan berkaitan mendidik anak - anak dengan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. iairu berdasarkan kepada peringkat perkembangan. Pendekatan terapi bermain sesuai bagi memenuhi keperluan kanak - kanak. Agama Islam menekankan elemen bermain dalam berhadapan dengan anak - anak sebagaimana akhlak dan sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat meraikan kanak - kanak yang suka bermain.
Secara Kontemporari
Berdasarkan ahli psikologi, pendekatan terapi bermain dapat membantu kanak - kanak yang mengalami kesukaran dalam proses perkembangan. Hal ini kerana, menurut Freud dan Erikson, melalui pendekatan terapi bermain, kanak - kanak dapat mengatasi kebimbangan, konflik dalam kehidupan mereka serta dapat meningkatkan lagi apresiasi murid terhadap diri sendiri.
SECARA KONTEMPORARI
Terapi bermain mempengaruhi peribadi dan sosial kanak-kanak. Menurut pendapat ahli psikologi, bermain merupakan cara yang terbaik bagi kanak-kanak untuk belajar tentang persekitaran, memahami tugas dan tanggungjawab, meluahkan perasaan dan emosi serta mengembangkan kemahiran fizikal.
Bermain dapat dilakukan secara spontan untuk mendapatkan kepuasan, keseronokan dan kegembiraan.
PANDANGAN ISLAM
Terapi bermain merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan tidak ditegahkan dalam islam malah menggalakkan kanak-kanak untuk bermain.
Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata bahawa "Aku selalu bermain dengan anak patung di Rumah Rasulullah SAW. Adakalanya rakan-rakanku datang untuk bermain bersamaku. Suatu hari Rasulullah datang kepada kami, kami semua terus bersembunyi kerana takutkan baginda. Namun begitu, baginda tidak kelihatan marah (apabila melihat patung mainan di tangan mereka) tetapi Rasulullah datang bermain bersama.
Ahli kumpulan: Afifah, Atiqah, Nelissa & Zulaiha