Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBANDINGAN ANTARA TERAPI BERMAIN MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN…
PERBANDINGAN ANTARA TERAPI BERMAIN MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN KONTEMPORARI
PANDANGAN ISLAM
Dalam perkembangan dan pembangunan individu, agama Islam menitikberatkan semua elemen yang merangkumi fizikal, mental, rohani dan emosi. Kesepaduan elemen ini dalam aktiviti bermain dapat melahirkan individu yang sihat fizikal dan sejahtera mental serta sahsiahnya.
TEKNIK
Modaliti Terapi Pergerakan
memberi tumpuan kepada tingkah laku pergerakan kerana ada hubungan terapeutik, membolehkan kanak-kanak mengembangkan imej
diri yang positif dan realistik.
merangsang interaksi sosial,meningkatkan mood, mengurangkan keresahan, serta meningkatkan
kesedaran kendiri
pergerakan membantu mengekalkan perhatian dan fokus
Islam menuntut umatnya melakukan aktiviti fizikal kerana menyumbang kepada kesihatan
Modaliti Terapi Muzik
:pencil2: Terapi muzik mempunyai perkaitan dengan sistem pendengaran neural iaitu merupakan salah satu sistem saraf deria utama yang disebut beberapa kali dalam Al-Quran mendahului sistem-sistem lain (Siti Patonah et al., 2013)
:pencil2: Terdapat kajian mendapati dengan mendengar zikir dan bacaan Al-Quran membantu mengurangkan tahap tekanan dan meningkatkan tahap ketenangan (Hanan & Salwa, 2013).
Modaliti Terapi Boneka
rawatan menggunakan boneka untuk mengajar kanak-kanak berkaitan dengan tingkah laku yang mana disampaikan melalui modelling
dalam agama Islam ada menekankan kepada kepentingan role model dalam menyediakan pembelajaran sosial, emosi serta tingkah laku. Role model yang paling agung adalah Rasulullah SAW di mana baginda menyerlahkan keperibadian mulia yang boleh dijadikan contoh tauladan.
modaliti terapi boneka juga sering kali diaplikasikan dengan teknik story telling. Dalam kontek Islam, terdapat banyak kisah-kisah sahabat atau hadis-hadis yang boleh dijadikan bahan aktiviti dalam story telling menggunakan boneka bersama kanak-kanak.
KONTEMPORARI
Bermain adalah aktiviti yang amat penting dalam perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak yang berkait rapat dengan fungsi otak, pembentukan emosi dan sikap kanak-kanak (Wilson & Ray, 2018)
TEKNIK
5. Permainan Anak Patung
Semasa bermain dengan boneka/ anak patung, kanak-kanak melakukan perkara seperti mengenalpasti diri dengan anak patung, memproses perasaan sendiri dalam bentuk permainan dan memindahkan konflik dalam bentuk permainan.
Selain itu, dalam permainan anak patung, ahli terapi mendapat maklumat mengenai pandangan fikiran, perasaan dan tingkah laku kanak-kanak.
4. Bermain pasir
:tada: Dengan terapi bermain menggunakan pasir kanak-kanak
diberi keseronokan, berehat dan merupakan medium terapeutik.
:tada: Dengan memerhati kanak-kanak semasa bermain dengan pasir, ahli terapi mendapat maklumat mengenai pemikiran, perasaan dan tingkah laku kanak-kanak.
:tada: Permainan pasir juga sering melibatkan lambang yang mempunyai makna khas.
3. Permainan Anak Patung Wayang
2. Bermain
1. Bercerita
Secara psikologi, membaca atau bercerita adalah salah satu bentuk permainan yang paling sihat. Perkembangan kecerdasan dan pengalaman kanak-kanak semakin berkembang
:<3: Permainan individu dan kumpulan membantu kanak-kanak belajar bagaimana untuk membahagikan kumpulan dan bermain mengikut peraturan.
:<3: Permainan mengajar kanak-kanak tentang disiplin diri dan belajar untuk menang dan menerima kalah.
:<3: Permainan yang digunakan untuk terapi bermain boleh dimainkan secara individu atau dalam kumpulan.
Pergerakan wayang atau boneka membolehkan anak-anak menceritakan cerita-cerita yang kaya dalam bentuk simbol dan mewujudkan fantasi mereka.
Kanak-kanak dapat berinteraksi dan menyatakan perasaan dan kemarahan mereka yang tidak dapat diungkapkan atau diperjelaskan dalam situasi yang nyata. Dalam pada itu, anak-kanak juga boleh membuat watak-watak yang tidak dapat mereka nyatakan.
Bermain dengan anak patung boleh menjadi aktiviti kumpulan yang menarik dan boleh digunakan dengan kumpulan, terutamanya dalam persekitaran sekolah. Dengan bermain anak patung dalam kumpulan, kanak-kanak dapat menghargai pandangan masing-masing, menyelesaikan masalah dan meningkatkan kemahiran sosial.
Nama Ahli Kumpulan:
Nur Alia
Nusaibah 'Ulya
Nur Izzatul Salwana
Nur Hidayatul Sofea