Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBENTUKAN KURIKULUM SEKOLAH - Coggle Diagram
PEMBENTUKAN KURIKULUM SEKOLAH
Falsafah pembentukan kurikulum
Realisme
Menolak pandangan idealisme dan menganggap kebenaran adalah apa yang dilihat dan ilmu yang terhasil dari penaakulan dan lengkap
Ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran manusia
Paramatism
Berpendapat sekiranya satu idea dapat dipraktikkan maka idea itu benar. Idea yang sah adalah idea yang dapat dibuktikan.
Menganggap minda manusia bertindak aktif
Menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu tetapi pengetahuan ialah mengaplikasikan ilmu sebagai panduan dan pedoman hidup, iaitu bukan semata-mata mengajar manusia menghafal ilmu tetapi menggunakan ilmu
Idealisme
Pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran
Menurut Plato ilmu diperoleh melalui deria amat kekal dan lengkap
Ilmu diperoleh daripada kebolehan berfikir
Essentialisme
Ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yang diperlukan dan tidak perlu dalam pendidikan
Kurikulum dibina untuk memenuhi kehendak masyarakat semasa dan mengutamakan tamadun masa lampau serta merangsang kebijaksanaanmasa hadapan.
Menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting dalam pembelajaran
Perialisme
Menganggap manusia dan pendidikan dalam keadaan tetap
Perbezaan manusia dan haiwan ialah keupayaan manusia berfikir, pendidikan adalah keperluan untuk hidup
Falsafah konservatif, tradisional dan tidak fleksibel
Kurikulum mempunyai disiplin, latih tubi dan latihan yang ketat
Progressivesme
Memfokuskan kepada pendekatan p&p berpusat pelajar dan pengajaran melalui alat bantu mengajar
Guru berperanan sebagai fasilitator dan bukan guru tradisional
Pendidikan ialah proses pembentukan yang berterusan kerana manusia terus hidup dan berfikir
Menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan kemajuan
Rekonstrutionalisme
Menerapkan tanggungjawab sosial serta melahirkan masyarakat berilmu
Percaya manusia membina masyarakat baru melalui perubahan yang berkesan dalam pendidikan dan masyarakat
Eksistensialisme
Guru membantu murid dalam proses penerokaan
Persekitaran memainkan peranan penting dalam membina pendidikan
Mementingkan pendidikan melalui persekitaran
Dunia sebagai bahan pembelajaran yang boleh ditafsirkan secara individu
Kriteria pembentukan kurikulum
Berpusatkan Pelajar
Menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang pendidikan.
Berdasarkan kepada falsafah progressivesme
reka bentuk berpusatkan pengalaman
reka bentuk berpusatkan humanistik
reka bentuk berpusatkan pelajar
Berpusatkan Masalah
Memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan
Peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan masyarakat
reka bentuk situasi - kehidupan
reka bentuk semula masyarakat
Berpusatkan Subjek
Adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran
reka bentuk disiplin
reka bentuk bersepadu
reka bentuk mata pelajaran
reka bentuk korelasi
Teori-teori berkaitan kurikum
Teori Konseptual
Berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut konsep utama.
Memberi fokus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan pada kandungan kurikulum.
Menggunakan kaedah penelitian dalam sains bagi membentuk generasi yang membolehkan pendidik meramal dan mengendalikan apa-apa yang berlaku di sekolah
Teori Rekonseptual
Berpendapat kurikulum adalah bidang ilmu yang dapat memberi pedoman dan garis panduan ketika membuat keputusan
Kurikulum sebagai bahan penting yang mampu membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat
Mewujudkan golongan pelajar yang mempunyai kesedaran dan berupaya mengubah masyarakat.
Teori Tradisional
Mementingkan proses pemindahan pengetahuan
Proses pendidikan boleh dikenal pasti, dijelaskan dan dikawal
Objektif pembelajaran kurikulum boleh ditentukan, sama ada tercapai ataupun tidak
Pengajar berperanan sebagai penyampai maklumat dan dilatih dalam melaksanakan kurikulum dengan berkesan.
Berfokuskan kepada pendekatan tingkah laku yang juga dikenali sebagai kurikulum tersurat.