Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DSKP 2017 (INTERAKSI 6) - Coggle Diagram
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DSKP 2017 (INTERAKSI 6)
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyanyangi alam sekitar dalam jiwa murid
Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam
KREATIVITI DAN INOVASI
Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada
Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea
Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21
Imaginasi
Perkembangan
Persediaan
Tindakan
KEUSAHAWANAN
Membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid
5 elemen keusahawanan
Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli
Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi dan vokasional keusahawanan
Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan
Nilai moral dan etika keusahawanan
Mengamalkan sikap keusahawanan
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran
Memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari
Menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran