Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Hadith Sahih dan Hasan serta pembahagiannya - Coggle Diagram
Hadith Sahih dan Hasan serta pembahagiannya
Hadith Hasan
Pengertian
Bahasa
Hassan bermaksud sifat Musyabbahah daripada perkataan al-Husn (الحسن) yang bererti Keindahan.
Definisi istilah oleh ulama Hadith: Ibn Hajar: Hadith Hassan ialah hadith yang dinukilkan oleh perawi yang adil, bersambung sanad tanpa ada ‘illah/syaz cuma sudut kesempurnaan perawi/ketepatannya kurang sedikit berbanding Hadith Sahih. Hadith yang disambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawi yang adil dan tidak ada cacat serta syaz iaitu tidak janggal dari sudut matannya, cuma dia kurang sifat dobitnya
Pembahagian
Hasan Li Zatih
Pengertiannya sama seperti Hadith Hassan
Hasan Li Ghairih
Hadith dha’if yang sederhana kedha’ifannya tetapi disokong oleh riwayat yang lebih kuat/setaraf dengannya.
Syarat
Dhabit tidak mencapai taraf shabit Hadith Sahih
Sanad bersambung
Adil
Tiada syaz, Tiada 'illah
Hukum Hadith Hasan
Menurut pendapat majoriti Ahli Hadith, wajib beramal dengan Hadith Hasan. Erti kata lain, berhujah dengan Hadith Hasan Lizatih dan Hasan Lighairih sama dengan Hadith Sahih.
Menurut pendapat minoriti Ahli Hadith, seperti: Ibn Hibban, al-Hakim dan Ibn Khuzaimah, kedudukan Hadith Hasan adalah setaraf dengan Hadith Sahih.
Walau bagaimanapun mereka tetap meletakkan darjat Hadith Sahih lebih tinggi dan mestilah diutamakan terlebih dahulu apabila berlaku pertentangan di antara keduanya.
Untuk itu, kedudukannya adalah sama seperti Hadith Sahih, tetapi darjat perawinya tidak mencapai darjat perawi Hadith Sahih.
Hadith Sahih
Syarat
Adil, sanad yang bersambung, dhobit, tiada 'illah dan tiada syaz
Pembahagian
Sahih Li Zatih
Pengertian: Hadith yang memenuhi syarat-syarat Hadith Sahih sebagaimana yang telah ditetapkan sebelumnya.
Contoh Hadith:
-Salasilah sanad hadith yang bersambung sehingga Rasulullah.
-Sifat perawi yang menepati syarat hadith.
-Matan dan sanad yang tidak bercanggah dengan riwayat thiqah lain
Sahih Li Ghairih
Pengertian: Hadith yang mana sanadnya bersambung dan perawinya adil serta dhobit, namun keadilan dan kedhobitannya kurang sedikit daripada Sahih Li Zatih .
Hadith ini berasal daripada kategori Hadith Hasan Li Zatih, namun dinaikkan taraf kepada Sahih Li Ghairih disebabkan terdapat dua syarat yang melayakkannya.
Diriwayatkan oleh para perawi yang terkenal dengan sifat baik dan kebenarannya, walaupun hanya sedikit kurang pemeliharaan mereka.
Terdapat hadith sahih lain yang dapat menguatkan hadith ini.
Pengertian
Dari sudut bahasa: Sahih bermaksud sihat atau tidak sakit
Dari sudut istilah: Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang adil, dhobit, sempurna ingatan, sanadnya bersambung-sambung tanpa ada sebarang syaz(kejanggalan) dan illah(kecacatan)
Hukum Hadith Sahih
Para ulama’ sepakat wajib beramal dengan hadith sahih pada perkara seperti akidah, ibadat, muamalat dan hukum-hakam yang lain.
Merupakan salah satu hujah syara’ yang diterima pakai untuk mentafsir Al-Quran dan menjelaskan hukum berkaitan halal dan haram