Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
nilaikan strategi peperangan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w - Coggle…
nilaikan strategi peperangan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w
pendahuluan
Peperangan yang tercetus ini bukan sahaja membabitkan tentera Islam dengan musyrikin Makkah malah timbul juga pertentangan dengan Rom Timur dan golongan Yahudi.
Peperangan yang berlaku ini menyaksikan pelbagai strategi dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. bagi memastikan kemenangan di pihak tentera Islam.
Terdapat beberapa siri peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., antaranya Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak atau Ahzab, Perang Mua'tah, Perang Tabuk dan kemuncaknya pembukaan atau Fath Makkah.
menguasai tempat strategik
Kejayaan tentera Islam menguasai kawasan punca air ini telah memberikan kemenangan kepada pihak tentera Islam dalam peperangan ini. Selain daripada itu, strategi menguasai tempat strategik juga turut dilakukan semasa Perang Uhud. Dalam perang Uhud, Rasulullah SAW telah merangka beberapa strategi dengan meletakkan tentera infantri yang disokong oleh pemanah-pemanah di atas Bukit Uhud.
Ketika berlakunya perang Badar, pasukan tentera Islam telah mengambil langkah dengan menguasai kawasan punca air. Hal ini telah menyebabkan musuh terputus bekalan air sehingga memaksa mereka untuk menyerbu kubu tentera Islam.
Strategi ini dipraktikkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. berhadapan dengan tentera Quraisy dalam Perang Badar dan Perang Uhud.
Kaedah ini ternyata telah berjaya mengucar-kacirkan pihak lawan dan mengalahkan musuh pada peringkat awal. Namun begitu, disebabkan kecuaian para pemanah yang dikaburi dengan harta musuh telah menyebabkan pasukan tentera Islam ini diserang semula oleh musuh.
Tindakan tentera Islam meninggalkan kawasan strategik di Bukit Uhud telah mendedahkan kelemahan benteng pertahanan sehingga tidak mampu berbuat apa-apa apabila diserang semula oleh pihak lawan. Oleh itu, jelaslah bahawa strategi menguasai tempat strategik telah membantu tentera Islam dalam mengalahkan pihak musuh.
memeterai perjanjian
Ketika para sahabat mempertikai tindakan Rasulullah s.a.w. menerima syarat-syarat perjanjian tersebut, Rasulullah s.a.w. masih bertenang dan menerimanya kerana Baginda s.a.w. memiliki pemikiran tajam serta menjangkakan kemenangan pasti akan berpihak kepada Islam kelak.
Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak musyikin Makkah telah mencabuli perjanjian berikutan tindakan mereka yang mencampuri konflik antara Bani Bakr dengan Bani Khuzaah yang pro-Islam.
Perjanjian Hudaibiyah merupakan contoh terbaik bagi menggambarkan kelicikan Rasulullah s.a.w. merancang strategi peperangan.
Tindakan pihak Quraisy yang membunuh seorang daripada Bani Khuzaah menunjukkan gencatan senjata yang dipersetujui telah dilanggari. Nabi Muhammad s.a.w. bersama tentera Islam berjumlah 10,000 orang telah digerakkan bagi membuka Kota Makkah, dan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku pertumpahan darah.
kaedah bertahan
Kaedah ini mula dipraktikan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al Farisi agar parit digali di sekeliling kota Madinah bagi menangani tentera Ahzab yang berjumlah lebih dari 10000 orang musyrikin makkah dengan bantuan kaum yahudi serta beberapa kabilah Arab seperti Bani Ghaffan, Bani Assad, Bani sulaym dan Bani Murrah.
Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan telah menyebabkan terencatnya perancangan mereka sehingga terpaksa berkubu di luar benteng tersebut.
Tindakan Rasulullah s.a.w yang telah menghantar seorang sahabat untuk memecahbelahkan tentera Ahzab juga telah menyebabkan bala tentera ini berundur sekaligus memberikan kemenangan moral kepada islam. Jelaslah bahawa, kaedah yang dilakukan ini telah berjaya mengundurkan bala tentera pihak musuh dan secara tidak langsung memberi kemenangan kepada tentera Islam.
Tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka
Tindakan Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka sewaktu bertempur dengan Rom merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh tentera Islam.
Tindakan ini terpaksa baginda lakukan demi keselamatan para perajurit yang kemungkinan terperangkap dengan strategi musuh apatah lagi peperangan tersebut telah meragut ramai syuhada seperti Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.
Mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi
Strategi ini dipraktikkan ketika tercetusnya Perang Taif iaitu susulan Perang Hunain. Tentera Islam telah menggunakan strategi mengepung seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas benteng pertahanan pihak musuh yang dipimpin oleh Malik bin Auf.
Sewaktu pengepungan itu, Rasulullah sa.w. mengugut pemimpin Bani Thaqif dan pemilik-pemilik kebun untuk membakar kebun berkenaan seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
Sebagai contoh, peristiwa pembukaan kota Makkah menggambarkan Nabi Muhammad saw menggunakan strategi ini. Kesannya, kota Makkah telah dikepung oleh tentera Islam di setiap empat penjuru menyebabkan Quraisy menyerah tanpa pertumpahan darah.
kesimpulan
Kepelbagaian strategi dan taktik peperangan yang digunakan ini menggambarkan kehebatan Baginda s.a.w. sebagai perancang dan panglima di medan perang.
Apa yang pasti segala strategi yang dirancang ini adalah berasaskan kekuatan tentera Islam sendiri, jumlah dan kekuatan musuh, keadaan persekitaran dan sebagainya bagi menjamin kemenangan.