Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan perkembangan hubungan diplomatik pada zaman nabi Muhammad SAW -…
Bincangkan perkembangan hubungan diplomatik pada zaman nabi Muhammad SAW
pendahuluan
Pada zaman Nabi Muhammad saw terdapat beberapa perjanjian ataupun jalinan hubungan diplomatik yang dilaksanakan oleh Rasuullah S.A.W bersama dengan bangsa-bangsa dan negara-negara yang lain.
Semua ini membuktikan bahawa Islam mengharuskan hubungan diplomatik tersebut dilakukan untuk kebaikan secara bersama antara dua pihak yang terlibat dan tidak memberi sebarang mudarat dan keburukan. Hubungan ini bermula selepas berlakunya perjanjian damai-Perjanjian Hudaibiyah pada tahun keenam Hijrah.isi kandungan perjanjian mengiktiraf kepimpinan nabi muhammad saw dan negara islam madinah
surat diplomatik
Rasulullah mengutuskan beberapa utusan kepada raja-raja dan pemerintah yang mempunyai kekuasaan di beberapa wilayah. Kandungan surat mengajak pemimpin, wakil kepada raja, ketua negara serta kaum dan rakyat lain untuk memeluk agama Islam. Surat-surat ini ditandatangani dengan cop mohor berupa cincon perak yang berukiran kalimat ‘Muhammad Rasulullah’.
Sesetengah mereka menerima seruan Rasulullah dan memeluk Islam, namun terdapat beberapa yang lain menunjukkan sikap biadap dan angkuh menerima utusan tersebut. Baginda menggunakan segala cara untuk menyampaikan Islam ke merata dunia termasuklah pemerintah di Damsyik, pemerintah di Yamamah, Raja Iskandariah, Maharaja Rom, Raja Parsi dan beberapa pemerintah dan ketua negara yang lain.
Surat untuk Maharaja Rom melalui utusan Dihiyah al-Kalbi
Dihiyah bin Khalifah bin al-Kalbi dihantar sebagai wakil menemui Maharaja Rom, Heraclueus. Surat daripada Rasulullah menyeru Heracleus memeluk Islam diterima ketika mereka meraikan kemenengan ke atas Parsi. Walau bagaimanapun Heracleus menerima surat daripada Rasulullah dan ingin mengetahui kebenaran kenabian Muhammad S.A.W.
Abu Sufyan yang sedang mengetuai kafilah perdagangan Quraisy diminta memberi pendapat mengenai keperibadian, kedudukan social dan kejujuran Rasulullah untuk membuktikan kenabian Muhammad S.A.W. Heracleus mengakui kenabian Muhammad S.A.W dan melayan wakil baginda dengan penuh hormat tetapi beliau tidak memeluk agama Islam.
Surat untuk Raja Parsi melalui Abdullah bin Huzaifa
Abdullah bin Huzaifah membawa Raja Parsi, Khasroe Pervez Raja Parsi begitu marah selepas membawa surat tersebut lalu mengoyakkan kerana berasa terhina kerana menganggap salah seorang ‘rakyatnya’ iaitu Rasulullah berani menulis namanya sebelum nama Raja Parsi. Abdullah kembali ke Madinah dan memaklumkan tindakan Raja Parsi mengoyakkan surat tersebut. Rasulullah menyatakan bahawa kerajaan dan empayar Kharoe Pervez akan musnah sebagaimana beliau mengoyak surat baginda.
Hal ini terbukti apabila Parsi kalah dalam peperangan dalam peperangan dengan Rom. Seharusnya kerajaan Parsi telah jatuh dan hancur sehingga akhirnya ditakluki oleh tentera Islam pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab.
Surat untuk Amir, pemimpin dan pemerintah yang lain
beberapa pemerintah lain yang diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menerima seruan Rasulullah saw ialah: Ferda bin Umro al-Khizai memeluk Islam pada tahun kelima Hijrah. Walau bagaimanapun beliau dibunuh atas arahan daripada pemerintah Rom. Thumamah dari Najdyang memeluk Islampada tahun keenam Hijrah. Jablin, pemerintah Ghassan memelik Islam pada tahun ketujuh Hijrah. Kedar, pemerintahDaunataul Jandal memeluk Islam pada tahunkesembilan Hijrah. Dzul Kala bin Himyar, Raja Himyar memeluk Islam, baginda telah membebaskan 18,000 orang hamba dalam satu hari.
Dengan risalah-risalah ini bermakna Rasulullah saw telah menyampaikan dakwahnya kepada sebahagian besar raja-raja di dunia. Ada antara mereka yang beriman dan ada sebahagian yang kufur dengannya. Namun mereka yang kufur tetap memikirkan tentang risalah ini setelah kenal dan mengetahui nama ‘Muhammad’dan agamanya Islam.
Surat untuk pemerintah Damsyik dan Gabenor Syam melalui utusan Shuja’ bin Wahb al-Asadi
Rasulullah saw mengutuskan Shuja’ bin Wahb al-Asadi dengan membawa surat menemui pemerintah Damsyik dan Gabenor Syam yang bernama Munzir bin Abi Shamsir al-Ghassani.
Sambutan yang diberi adalah kurang sopan dengan mengugut untuk menyerang Madinah. Namun, pujukan Shuja’ berjaya menenangkan mereka dan melayan utusan ini dengan penuh hormat dan sopan. Namun mereka tidak memeluk Islam.
kesimpulan
Kewujudan sesebuah negara tidak akan beerti seandainya negara berkenaan mengamalkan sikap pasif atau memencilkan diri. Sehubungan dengan itu, apabila negara islam ditegakkan oleh Nabi Muhammad SAW,
Baginda telah mengadakan hubungan luar dengan negara lain bukan sahaja untuk menyebarkan agama islam malah yang penting negara yang berdaulat diiktiraf oleh negara-negara lain. Hubungan boleh diwujudkan dengan menggunakan kaedah diplomatik.