Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan pelaksanaan naungan jizyah pada zaman khulafa al-rasyidin pada…
Huraikan pelaksanaan naungan jizyah pada zaman khulafa al-rasyidin pada abad ke 7-8 masihi
Pendahuluan
Jizyah berasal daripada perkataan Arab yg bermaksud ganti rugi atau cukai perlindungan. Jizyah juga dianggap sebagai satu pemberian ufti oleh seorang individu atau kerajaan bukan Islam kpd kerajaan Islam dan ia merupakan simbol naungan.
Jizyah juga ditakrifkan sebagai cukai politik yg dikenakan ke atas golongan kafir zimmi yg menerima perlindungn nyawa dan harta benda daripada pemerintah Islam.
Orang bukan Islam yg membayar jizyah akan diberikan hak hidup sama rata seperti orang Islam dan akan mndapat kebebasan beragama. Mereka yg memeluk Islam tidak akan dikenakan jizyah.
Jizyah bukan satu bentuk denda tetapi merupakan ganjaran ke atas komitmen kerajaan Islam melindungi mereka. Kerajaan Khalifah al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632M apabila Abu Bakar as-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.
Kerajaan ini diperintah oleh empat orang khalifah iaitu Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
dijalankan secara meluas pd zaman Khalifah al-Rasyidin berikutn kejayaan ekspedisi ketenteraan dan dakwah.
pd zaman Khalifah Abu Bakar, beliau akan memberi tiga pilihan kpd penduduk Iraq dan Syria iaitu memeluk Islam, membayar jizyah atau berperang.
Beliau berjaya menguasai beberapa wilayah seperti Iraq dan Syria di mana pemimpin kawasan tersebut bersetuju membayar jizyah sebanyaj 19 ribu dirham kpd kerajaan Islam Madinah. Gerakan tentera Islam yg dihantar ke Iraq dan Syria bertujuan menyaingi kekuatan Parsi dan Byzantinne.
Kerajaan di Hirah, al-Anbar dan 'Ain al-Tamar sanggup beranung di bawah kerajaan Islam apabila ditawan panglima Khlaid bin al-Walid dalam ekspedisi ke Daumat al-Jandal. Penduduk di wilayah-wilayah berkenaan rela membayar jizyah satu dinar setiap individu.
Pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Abu Bakar bertujuan membiayai pembangunan negara dan meningkatkan sumber pendapatan negara.
Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Umar bin al-Khattab
Pungutan jizyah semakin meningkat kesan daripada ekspedisi ketenteraan yg dijalankan oleh Khalifah Umar al-Khattab seperti di Mesir, Iraq dan Syam.
Bagi melicinkan kutipan jizyah, Khalifah Umar telah mengarahkan gabenor melaksanakan dan menentukan kadar jizyah atas wilayah masing-masing. Beliau telah membuat perjanjian dengan pemimpin Baitulmaqdis, pemerintah Babylon dan mereka bersetuju membayar jizyah dan menerima perlindungan kerajaan Islam.
Di Syria, kadar jizyahnya ialah 1 hingga 4 dinar bergantung pada status dan kemampuan individu, manakala penduduk Gibti di Mesir juga membayar jizyah dengan kadar 2 dinar setahun kepada kerajaan Islam Madinah kerana bersetuju bernaung di bawah kerajaan Islam.
Sumber jizyah dipungut dan dimasukkan ke dalam Baitulmal dan akan digunakan untuk kepentingan negara dan rakyat seperti membayar gaji kakitangan kerajaan termasuk tentera dan menyediakan kemudahan awam.
Kesannya, pendapatan negara pada zaman Khalifah Umar al-Khattab semakin bertambah.
Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Uthman bin Affan meneruskan pelaksanaan jizyah berikutan kawasan wilayah naungan kerajaan Islam yang semakin meluas.
Kejayaan ekspedisi arahan Khalifah Uthman bin Affan menyebabkan wilayah-wilayah seperti Tarablus, Tripoli, Nubah, dan Qairawan di Afrika Utara menyatakan kesanggupan untuk berada di bawah naungan kerajaan Islam melalui pembayaran jizyah.
Wilayah berkenaan juga bersetuju untuk berdamai dan sebahagian penduduknya pula bersedia untuk menganut Islam.
Kesannya, sumber pendapatan negara pada zaman Khalifah Uthman bin Affan semakin meningkat.
Pelaksanaan naungan jizyah zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
Pelaksanaan jizyah masih diteruskan pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, namun agak kabur. Situasi ini berlaku disebabkan keadaan neara yang tidak aman, berlaku pergolakan politik, pemberontakan dan perang suadara seperti Perang Jamal dan Peran Siffin.
Namun begitu, jizyah tetap dilaksanakan. Contohnya, surat Khalifah Ali kepada al-Asytar dan al-Nakha'l agar beliau tidak menolak perjanjian damai yang diminta oleh golongan kafir zimmi melalui pembayaran jizyah.
Khalifah Ali masih menerima jizyah dari wilayah taklukan yang diwarisi dari Khalifah sebelumnya seperti Palestin, Azerbaijan dan Jordan sebagai balasan jaminan keselamatan harta benda dan nyawa.
Namun, pendapatan negara melalui jizyah berkurangan kerana terdapat beberapa wilayah yang enggan membayar jizyah dan membebaskan diri daripada naungan kerajaan Islam pusat seperti Mesir.
Kesimpulan
Sistem pelaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kehebatan kerajaan Islam tetapi pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan negara.
Sistem ini diteruskan lagi pada zaman Khalifah Umaiyyah dan Abbasiyah dan juga kerajaan Islam seterusnya.
Hal in juga menjelaskan bahawa golongan Islam dan bukan Islam diberikan layanan dan hak yang sama. Syiar Islam dapat dikukuhkan, banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan Islam.