Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
1.Bincangkan perkembangan hubungan diplomatik pada zaman nabi Muhammad SAW…
1.Bincangkan perkembangan hubungan diplomatik pada zaman nabi Muhammad SAW
Pendahuluan
Negara Islam Madinah terbentuk sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW berhijrah berikutan tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan jemputan daripada penduduk Madinah sendiri, khususnya kaum Aus dan kaum Khazraj agar menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi oleh mereka.
Berikutan penubuhan Negara Islam Madinah, Nabi Muhammad SAW berusaha menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain mengantaran utusan diplomatik dan dakwah, baik dalam atau luar Semenanjung Tanah Arab.
Penerimaan utusan-utusan dari luar
Berlaku pada tahun ke-9 Hijrah yang dikenali sebagai Tahun Perutusan berikutan kedatangan pelbagai pemimpin kabilah Arab dan wakil delegasi menemui Baginda s.a.w. sama ada menyatakan keislaman atau sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam.
Antara kabilah Arab yang menyatakan keislaman ialah Bani Tamim, Bani Hanifah, Bani Amir,
Bani Tayy', Bani Murrah, Bani Kindah, dan Bani Hamdan
Kejayaan seruan Nabi Muhammad s.a.w. melalui pelaksanaan hubungan diplomatik ini terbukti apabila pada tahun 10H, 100,000 orang Islam telah menyahut seruan Baginda s.a.w. mengerjakan haji bersamanya yang dikenali sebagai Hajjat al Wada'.
Penghantaran utusan atau diplomat di Semenanjung Tanah Arab
Baginda s.a.w. telah menghantar Shuja' bin Wahab ke Ghassan, al A'la al Hadhrami ke Bahrain, manakala Muaz bin Jabal ke Yaman dan Khalid al Walid ke Najran.
Di Bahrain, gabenornya al Munzir bin Saawa al Abid telah menyatakan keislaman dan memoho agar Baginda s.a.w. membimbingnya dan menyelesaikan permasalahan berkaitan agama dari perkara-perkara umum.
Di Oman, kehebatan wakil Rasulullah s.a.w. berhujah menyebabkan Raja Oman menyatakan keislamannya, malah Amru al As telah diarahkan oleh Rasulullah s.a.w. tinggal di Oman beberapa ketika.
Penghantaran utusan di luar Semenanjung Tanah Arab
Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar utusan menemui pemerintah Mesir, impaknya al Muqaiqis, Raja Mesir meskipun tidak menerima Islam, menghantar hadiah termasuk seorang hamba yang kemudiannya menjadi isteri Baginda s.a.w.
.
Baginda s.a.w.juga meneruskan hubungan baik dengan kerajaan Habsyah, memandangkan Raja Najasyi pernah memberikan perlindungan kepada umat Islam ketika diancam oleh kaum Quraisy pada zaman awal Islam.
Buktinya hubungan erat antara kedua-dua kerajaan ini ialah Baginda s.a.w. telah menunaikan solat jenazah ghaib apabila mendapat perkhabaran akan kemangkatan raja tersebut.
Penghantaran utusan ke Rom dan Parsi
Walaupun hubungan antara negara Islam dengan kedua-dua kuasa besar itu sentiasa dalam keadaan tegang, Nabi Muhammad s.a.w. tetap berhasrat untuk menyampaikan mesej Islam kepada pemimpin kerajaan tersebut sekaligus menghentikan konflik yang sering berlaku.
Baginda s.a.w. telah menghantar Abdullah bin Huzaifah menemui Kisra Parsi dan Dahiyah bin Khalifah bagi mengadap Raja Rom. Namun, kedua-dua pemerintah kerajaan berkenaan telah menolak utusan tersebut, malah Kisra Parsi bersikap biadap dengan mengoyak-ngoyak surat Baginda s.a.w, dan Abdullah telah diusir dengan cara yang amat kasar. Tindakan Kisra Parsi ini menyebabkan Baginda s.a.w. bersumpah kerajaan Parsi akan musnah sebagaimana surat tersebut dikoyakkan.
Kaisar Rom, Heraclius juga menolak seruan menerima Islam. Pemerintah Rom menolak kerana bimbang takhta yang dimilikinya akan jatuh kepada individu lain. Pun begitu, Kaisar Rom ini apabila mendapat maklumat tentang kenabian Baginda s.a.w. mengakui kenabian Nabi Muhammad dan melayan wakil baginda dengan penuh hormat.
Kesimpulan
Kewujudan sesebuah negara tidak akan beerti seandainya negara berkenaan mengamalkan sikap pasif atau memencilkan diri.
Sehubungan dengan itu, apabila negara islam ditegakkan oleh Nabi Muhammad SAW,
Baginda telah mengadakan hubungan luar dengan negara lain bukan sahaja untuk menyebarkan agama islam malah yang penting negara yang berdaulat diiktiraf oleh negara-negara lain. Hubungan boleh diwujudkan dengan menggunakan kaedah diplomatik.