Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BINCANGKAN SISTEM NAUNGAN MELALUI PEMBAYARAN JIZYAH YANG DILAKSANAKAN…
BINCANGKAN SISTEM NAUNGAN MELALUI PEMBAYARAN JIZYAH YANG DILAKSANAKAN KHULAFA AR RASYIDIN PADA ABAD KE 7 MASIHI
PENDAHULUAN
- Jizyah ialah ufti yang dibayar oleh Negara bukan Islam kepada Negara Islam. Boleh dianggap sebagai cukai politik dan dikenakan ke atas golongan pembayar jizyah yang digelar sebagai Zimmi. Perlu dibayar secara tahunan mengikut kadar yang berpatutan sesuai dengan kedudukan dan kemampuan individu tersebut.
- Orang bukan Islam atau Zimmi yang dikenakan jizyah ialah individu yang sihat, waras, tidak cacat, sudah mencapai akil baligh, orang lelaki yang merdeka dan orang yang tidak menderita penyakit berpanjangan. Orang miskin dan orang tua dikecualikan.
- Pembayaran jizyah membolehkan mereka diberi hak yang sama seperti orang Islam dan dapat berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Islam. Jizyah yang dikenakan terbahagi kepada dua kategori iaitu, secara baik-jizyah dibayar atas kerelaan serta persetujuan antara orang bukan Islam dengan pemerintah Islam dan secara paksaan-pemerintah Islam akan menentukan kadar jizyah yang perlu diberi apabila berlakunya hubungan antara mereka dengan pemerintah Islam
-
Zaman Khalifah Umar al-Khattab,
sistem jizyah masih diguna pakai dan dimantapkan. Khalifah Umar al-Khattab menugaskan para Gabenor untuk
bertanggungjawab dalam urusan urusan pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah taklukan Islam. Sebagai contoh, gabenor-gabenor bagi wilayah taklukan Islam seperti Baitulmuqqadis, Babylon dan Byzantine bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pembayaran jizyah oleh wilayah tersebut. Lebih banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan kerajaan Islam Madinah pada zaman pemerintahan Khalifah Umaral-Khattab berikuan dasar perluasan yang dilaksanakan oleh khalifah. Kebanyakan kerajaan-kerajaan wilayah ini membayar jizyah kepada pemerintah Islam dengan tujuan untuk mendapatkan perlindungan. Antara wilayah tersebut ialah Tripoli, Nabawan, dan Qairawan.
Semasa Khalifah Uthman bin Affan, wilayah-wilayah tersebut masih kekal sebagai negeri naungan kerajaan Islam Madinah dan hasil pungutan jizyah menambahkan lagi hasil pendapatan negara. Namun, akibat daripada perpecahan dan perang saudara yang tercetus semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, banyak negeri yang asalnya wilayah naungan Islam tidak membayar jizyah dan membebaskan diri daripada menjadi wilayah naungan kerajaan Islam Madinah.
-
Pembayaran jizyah pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik,
kerajaan naungan digunakan untuk meluaskan syiar Islam dan menambah pendapatan Negara. Khalifah al-Walidbin Abdul Malik melakukan penaklukan dan menjadikan wilayah yang ditakluk sebagai naungan kerajaan Islam Bani Umaiyah dan dalam masa yang sama mengembangkan syiar Islam.
§ Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, jumlah pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah naungan Islam berkurangan. Hal ini diakibatkan oleh dasar dan konsep yang diamalkan oleh Umar bin Abdul Aziz dalam hal pungutan jizya
KhalifahUmar bin Abdul Aziz menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh Khlifah Umar al-Khattab dan tidak menjalankan peluasan kuasa sekali gus menyebabkantiada kerajaan-kerajaan baharu yang menjadi naungan pemerintahan beliau.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz turut menggalakkan perkahwinan campur antara golongan bukan Arab dengan golongan Arab.
KhalifahUmar bin Abdul Aziz menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh Khlifah Umar al-Khattab dan tidak menjalankan peluasan kuasa sekali gus menyebabkantiada kerajaan-kerajaan baharu yang menjadi naungan pemerintahan beliau.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz turut menggalakkan perkahwinan campur antara golongan bukan Arab dengan golongan Arab.
Apabila Khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah, beliau mengamalkan semula sistem jizyah para khalifah terdahulu dan menaikkan kadar bayaran jizyah sebanyak 20% yang menyebabkan tercetusnya pemberontakan oleh golongan petani.
KESIMPULAN
-Jizyah yang dibayar oleh golongan Zimmi digunakan untuk pembangunan dan menjamin keselamatan serta kesejahteraan mereka.
Layanan dan hak yang sama diberikan kepada orang bukan Islam dan orang Islam. Syiar Islam dapat dikukuhkan, banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan Islam
-
-
-
-
-