Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP PENILAIAN: TAKSONOMI BLOOM - Coggle Diagram
KONSEP PENILAIAN: TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi Bloom merupakan segi tiga hearaki digunakan untuk mengklasifikasikan objektif pembelajaran megikut aras kerumitan dan kekhususan
Terdapat 6 hearaki dalam menentukan taksonomi Bloom:
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Elemen 1: Pengetahuan
Aras pengetahuan yang paling rendah
menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari
Terdapat 3 peringkat aras pengetahuan
pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol.
pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah
pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri
Elelmen 2:Kefahaman
memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara
Terbahagi kepada 3 aras kefahaman
penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal
mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri
ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi
Elemen 3:Aplikasi
menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur untuk menyelesaikan masalah
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Elemen 4:Analisis
Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur.
Terdapat 3 peringkat
aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada
analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis.
analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian.