Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HIPERAKTIF - Coggle Diagram
HIPERAKTIF
KONSEP/ DEFINISI
Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat.
Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD (Attention Deficit Hiperacticivity Disorder) sebagai kecelaruan psikologi dengan petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun.
-
Kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap.
Ada tiga gejala utama yang nampak dalam perilaku seorang anak iaitu inatensi, hiperaktif dan impulsif.
-
SEJARAH/ PERISTIWA
Tahun 1980: Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder III (DSM-III) yang dikeluarkan oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah memperkenalkan istilah Attention Deficit Disorder (ADD). Wujud kecelaruan sama ada istilah ini termasuk bersama-sama hiperaktiviti.
Beberapa tahun kemudian: Istilah ini didefinisikan semula supaya meliputi kedua-dua jenis kategori tersebut dan dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Awal kurun ke-20: Kanak-kanak ini dikenali sebagai hyperkinetic dan dikatakan mengalami kecacatan otak yang minima.
CIRI-CIRI ADHD
SOSIAL DAN EMOSI
Penghargaan diri
Merujuk kepada tanggapan seseorang terhadap dirinya sebagai seorang individu. Jika banyak penghargaan akan menganggap dirinya banyak kekuatan.
Kefungsian sosial
Maklumat tentang fungsian sosial pelajar ADHD adalah jelas. Mereka kerap hadapi masalah dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan sosial di sekolah dan tempat lain.
-
AKADEMIK
Ada yang sangat lemah dan ada yang boleh mengikuti pelajaran dengan baik setelah melalui intervensi dan proses pembelajaran yang berkesan. Malah ada pelajar ADHD yang tergolong dalam kategori pintar cerdas dan berbakat.
-
KOGNITIF
Membentuk semula
Aktiviti mental melibatkan keupayaan perkara yang diperhatikan dan menyatukan bahagian-bahagian untuk melaksanakan tindakan baru. Contohnya, bermasalah dalam menyelesaikan tugasan yang kompleks.
-
Pertuturan arah kendiri
Individu lemah dalam kemahiran membuat refleksi tentang perkembangan tugasan, menyelesaikan masalah dan mengikut arahan.
Ingatan kerja
Boleh mengingati tugasan dan beberapa banyak masa untuk siapkan tugasan. Namun, tidak dapat mengingati arahan daripada guru.
PUNCA TERJADINYA ADHD
Faktor Persekitaran
-
Kecederaan otak: Disebabkan oleh penggunaan dadah, merokok atau pengambilan alkohol oleh ibu yang hamil.
Faktor Fisiologikal
Perbezaan fungsi otak: Terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan.
Faktor keturunan: Individu dengan corak ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya (genetik).
Faktor biokimia: Bahan kimia dalm otak (neurotransmitter) memancarkan maklumat dari salah satu daripada tiga bahagian di atas kepala bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan serap semua dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.