Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofia sebagai pusat beribadat orang Islam. Baginda juga menbina dua lagi masjid di Istanbul. Terdapat pelbagai kemudahan dibina seperti madrasah, perpustakaan, hospital, rumah tumpangan, kolam renang dan telaga air. Semua kemudahan ini adalah untuk kebajikan rakyat dan menjaga keselamatan sultan selain membina limbungan kapal, gedung senjata dan juga kubu pertahanan.
Sultan Muhammad al-Fatih memperoleh kejayaan besar sepanjang pemerintahannya. Baginda berjaya menyusun dan mengemaskinikan sistem pentadbiran, menjalinkan hubungan baik dengan kawasan naungannya dan membina empayar yang luas. Pembukaan Istanbul merintis jalan kepada kehancuran kerajaan Byzantine