Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERGERAKAN KREATIF, HANIS FARHANA BINTI BAHAZANAN PAKK JUN 2020 - Coggle…
PERGERAKAN KREATIF
Definisi
Aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif
Salah satu kaedah pembelajaran yang membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui muzik.
Pergerakan adalah perlakuan kanak-kanak yang boleh dilakukan secara spontan dan terancang.
Dalam Gladys Andrew Fleming (1976), istilah pergerakan kreatif untuk pendidikan geraktari kanak-kanak.
Pergerakan kreatif ini juga merupakan kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu ekspresi, komunikasi dan kepuasan peribadi.
Elemen Asas Pergerakan.
Ruang
Merupakan kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan
Terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am.
Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu serta boleh dicapai oleh anggota tubuh badan.
Ruang am ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.
Contoh, aras - tinggi, sederhana, rendah
arah - hadapan, bawah, belakang
aliran - lantai, lurus, berliku-liku
ekstensi - mengecil dan membesar
Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, kawal-lambat, dan serta-merta.
Serta merta - pergerakan seperti cepat, spontan
Kawal lambat - lambat, tidak tergesa-gesa
Tubuh badan
Halus-ringan - pergerakan yang lembut, halus dan menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak setempat atau bebas.
Berat-kuat - pergerakan yang bertenaga, pantas dan memerlukan tenaga atau otot yang kuat.
Aliran
Aliran berhubungkait dengan anggota badan orang lain atau alatan.
Contohnya, permainan ulat bulu dan penggunaan alatan seperti gelung rotan.
Jenis-jenis Pergerakan Kreatif
Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Contohnya, berlari, melompat, berjalan
Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan yang menggerakkan anggota badan tanpa berubah tempat atau kedudukan.
Memberi penekanan kepada aspek keseimbangan dan pergerakan dalam keadaan statik.
Contohnya, membongkok, meregang, mengilas, memusing, menola, menarik, hayun, rebah dan bangun
Kemahiran Manipulatif
Pergerakan yang melibatkan alatan.
Contohnya, membaling bola, melantun, menyahut, menyepak bola, menahan dan sebagainya.
Ciri-ciri
Pergerakan sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal disamping membantu kanak-kanak untuk mengesan potensi diri mereka.
Memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak serta membantu mereka meluahkan perasaan yang terpendam melalui pergerakan.
Menunjukkan keupayaan seseorang untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi mengikut cara yang tersendiri.
Membantu dalam perkembangan personaliti kanak-kanak secara menyeluruh yang akan memberi kesan terhadap nilai diri merangkumi aspek fizikal, mental dan rohani.
HANIS FARHANA BINTI BAHAZANAN
PAKK JUN 2020