Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan ciri kepimpinan Dan sumbangan khalifah salehuddin al-ayyubi dalam…
Huraikan ciri kepimpinan Dan sumbangan khalifah salehuddin al-ayyubi dalam Islam pada Abad ke-12 Masihi
pendahuluan
nama penuh beliau ialah salehuddin yusof bin najmuddin ayub. beliau digelar sebagai saladin dan berketurunan kurdi dari kaum quraisy suku ruwaidhah. beliau dilahirkan di benting tikrit di wilayah iran pada 532 hijrah bersamaan 1138M. meninggal dunia pada tahun 1193M di damsyik. beliau adalah anak kepada seorang gabenor dan ayahnya bernama najmuddin ayub bin shadhi adalah seorang anak kepada sultan nurudin zenggi yang berketurunan kurdistan yang berasal dari azerbaijan. selain dikenali sebagai panglima perang, beliau adalah pendkawah, mujahid dan tokoh pemimpin islam yang bukan dari kalangan bangsa arab
selahuddin al-ayubbu meninggal dunia pada 27 safar 589 hijrah bersamaan 1193M pada usia 55 tahun di damsyik, syria selepas memerintah selama 25 tahun. Salahuddin al-Ayyubi merupakan tokoh yang bertanggungjawab membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada kekuasaan orang Barat.Ketika tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan beliau amat digeruni oleh tentera salib terutamanya setelah berjaya menawan semula beberapa buah wilayah kera-jaan Islam. Beliau juga pernah terlibat dalam peperangan di Mesir, Palestin, dan Syria.
panglima perang
salehuddin al-ayyubi terkenal sebagai panglima tentera islam yang terkemuka pada zaman perang salib. beliau menyertai ekpedisi ketenteraan syria bersama bapa saudaranya, asaddin shirkuh, panglima perang kepada sultan nuruddin al-zinki, penguasa damsyik
mereka berjaya mengalahkan tentera salib di bawah kerajaan palesntin, pimpinan raja alamric 1 dari jerussalem. setelah asaddin shirkuh meninggal dunia, salehuddn al-ayyubi telah dilantik sebagai panglima tentera syria
pelantikan ini menjadi toitik tolak kepada bakat beliau sebagai panglima perang islam tersyuhur dalam siri perang salib yang akhirnya membawa kepsds pembebasan kota suci baitul maqdis dan bumi palestin daripada cengkaman tentera kristian pada abad ke 12M
beliau menubuhkan diwan armada untuk menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang bagi menghadapii tentera salib dan beliau biasanya memulakan peperangan pada hari jumaat sempena mengambil berkat doa umat islam dan para khatib solat jumaat
-
-
-
memajukan aspek ekonomi
pada zaman pemerintahannya memperoleh sumber pendapatan yang pelbagai seperti jizyah yang dikenakan kepada golongan bukan islam. fidyah yang dibayar oleh tawanan untuk menebus diri, harta rampasan perang dan cukai tanah (kharaj). cukai yang membebankan juga telah dihapuskan sepenuhnya.
beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor pertanian dengan memberikan tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan dan teknik-teknik pertanian agar berlaku peningkatan produktiviti dan mengelakkan kekurangan bekalan makanan. beliau juga mengalakkan aktiviti perdagangan. mesir menjadi pusat pertemuan para perdagang dari timur dan barat
kesimpulan
sumbangan salehuddin al-ayyubi terhadap umat islam amat bsar terutamanya kejayaan mengembalikan kota suci baitul maqdis dari penguasaan tentera salib dan seterusnya berjaya mengembalikan keagungan empayar islam.
dalam bidang ketenteraan pula beliau semamangnya merupakan seorang pemimpin tentera ulung yang berjaya menyelamatkan wilayah islam daripada dirampas oleh pihak kristian. bliau turut melaksanakan pelabagai program pembangunan dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan sosail